Home Petua Tips Sedih Bila Dia Cakap “Berlakon Dari Kecik Tapi Satu Anugerah Pun Tak...

Sedih Bila Dia Cakap “Berlakon Dari Kecik Tapi Satu Anugerah Pun Tak Dapat”.

64
0

Program hiburan Maharajalawak Mega saban tahun menyaksikan pelbagai variasi peserta daripada golongan pelawak senior sehinggalah kepada pelawak yang baru mula hendak bertapak. Jika sebelum ini kumpulan pelawak selesa untuk kekal dalam kumpulan mereka sendiri namun tahun ini berbeza apabila kebanyakan mereka membuat keputusan untuk berpecah dan bergabung dengan ahli kumpulan baru demi memberikan idea yang lebih segar dan menarik.

Kumpulan Tobat pada awalnya di anggotai oleh Bell Ngasri, Ropie dan Shuk Sahar. Namun Shuk kemudiannya mengundurkan diri atas sebab peribadi dan membuatkan kumpulan Tobat menjemput Ajak Shiro untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Shuk itu.

Bersiaran setiap hari jumaat, sebentar tadi telah berlangsungnya persembahan kumpulan- kumpulan yang bertanding pada minggu suku akhir. Mengangkat tema keraian, setiap kumpulan telah mempersembahkan sketsa mengikut tema.

Bagi kumpulan Tobat, kumpulan yang terdiri daripada Ajak Shiro, Ropie dan juga Bell Ngasri itu telah memaparkan keadaan mereka bertiga sekiranya memenangi pertandingan Maharajalawak.

Sementara setiap daripada mereka meluah rasa gembira dan perancangan masing -masing setelah memenangi wang kemenangan, Ajak secara tiba- tiba berkata angan- angan kumpulan mereka menjadi juara kelihatan agak mustahil memandangkan mereka mendapat markah agak rendah minggu lalu.

Ajak kemudiannya berkata beliau merasa agak malu dan berputus asa apabila mendapat markah rendah. Persembahan kumpulan berkenaan kemudiannya menjentik emosi para penonton apabila Bell meluahkan perasaan beliau terhadap reaksi Ajak itu.

Bell berkata beliau hanya ingin berangan walaupun sedar berkemungkinan besar angan- angan tersebut tidak menjadi kenyataan. Sepanjang pengalaman beliau menyertai pertandingan Maharajalawak sebelum ini menerusi kumpulan Tobat adalah pencapaian yang paling jauh pernah beliau capai apabila mampu bertahan sehingga minggu suku akhir. Mengikut rekod penyertaan beliau di pertandingan Maharajalawak sebelum ini, kebiasaannya beliau pasti akan tersingk1r pada minggu awal.

Lebih mengharukan apabila Bell yang juga merupakan seorang pelakon itu berkata sepanjang beliau berada di dalam industri selama ini, beliau tidak pernah menerima sebarang anugerah di atas bakat lakonan beliau itu.

Malahan walaupun beliau terlebih dahulu berada di dalam industri berbanding rakan- rakan lain dan mula berlakon sejak daripada kecil namun beliau tidak pernah menerima pengiktirafan di atas bakat dan sumbangan beliau dalam menjayakan watak yang berkesan selama ini.

Menjengah keruangan komen, para penonton rata- ratanya merasa terkesan dengan kata- kata Bell itu memandangkan ada benarnya bahawa selama beliau berlakon tidak pernah menerima sebarang anugerah. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen terhadap luahan Bell itu.

Sebagai rekod program lawak Maharajalawak Mega ini masih lagi mengekalkan hadiah wang tunai lumayan iaitu sebanyak RM500,000.00. Program berkenaan bagaimanapun membuat kelainan kali ini apabila menjemput beberapa orang juri baru bagi memberikan komen dan penilaian buat para peserta pada tahun ini.

Mengejutkan apabila barisan juri yang di tampilkan terdiri daripada para pelakon dan penyanyi iaitu Rosyam Noor, Uqasha Senrose, Noh Hujan dan Diana Daniella.

Sumber: ig zon lawak/media puyu

Sumber :https://printlyrics.net/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.applehijau.com/

Previous articleLainnya muka, Fathia Latiff mirip seperti Nur Fazura
Next articleDiduga saat bisnes kencang… Mulanya kaki tangan bengk4k, sekarang dah tak boleh jalan… apa berlaku sebenarnya? – “Pasti ada penawar, jangan down lama-lama”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here