Home Petua Tips Ada Dakw4an Kata PM L4nggar Perintah Ku4rantin,Sekali Pej Perdana Menteri Dedah Perkara...

Ada Dakw4an Kata PM L4nggar Perintah Ku4rantin,Sekali Pej Perdana Menteri Dedah Perkara Sebenar

251
0

DAKWAAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar perintah kuarantin di rumah oleh portal Sarawak Report adalah pemb0hongan dan tuduhan berniat j4hat.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, penulis dan portal berita itu perlu bertanggungjawab ke atas tuduhan dilemparkan dengan mengemukakan bukti termasuk menamakan pesawat yang didakwa dinaiki Muhyiddin untuk ke Singapura.

Selain itu, portal terbabit dituntut menamakan hospital di republik itu yang dikunjungi Muhyiddin untuk rawatan dan doktor yang didakwa.

“Kegagalan berbuat demikian bermakna laporan yang disiarkan portal itu adalah berniat j4hat untuk memburuk-burukkan imej Perdana Menteri.

“Amat malang apabila portal berita itu kini berubah menjadi perkakas politik bagi menjaja dan menyebarkan fitn4h melalui laporan yang tidak berpaksikan kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Muhyiddin menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 22 Mei lalu adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan selepas seorang pegawai menghadiri mesyuarat pasca-kabinet dipengerusikannya positif Covid-19.

“Semasa menjalani tempoh kuarantin, Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak keluar rumah. Semua tugasan rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan.

“Justeru dakwaan Sarawak Report bahawa Perdana Menteri melanggar perintah kuarantin dengan keluar rumah, apatah lagi terbang ke luar negara adalah sama sekali tidak berasas dan hanya rekaan penulis,” katanya.

PMO berkata, fitn4h itu adalah satu gangguan yang tidak diperlukan ketika negara sedang berhadapan pandemik kesihatan dan cabaran ekonomi yang belum pernah dialami sebelum ini.

“Mengenai tahap kesihatan Perdana Menteri, seperti yang telah dilaporkan media sebelum ini, beberapa pakar perubatan telah pun mengesahkan bahawa beliau kini bebas daripada penyakit k4nser dan cukup sihat untuk melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Sumber : hmetro

Previous articleAl-Fatihah dan T4kziah, inilah barisan frontliner yg telah gvgur di medan juang
Next article“Berk4rban ny4wa” – Tak Fikir Risiko, Cucu Bagi CPR Cuba Selamatkan Nenek Dari Covid-19 Buat Kali Terakhir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here