Home Petua Tips Selesa hidup sendiri, Amelia Henderson tiada masa cari pengganti

Selesa hidup sendiri, Amelia Henderson tiada masa cari pengganti

312
0

LEBIH selesa menjaga diri sendiri, pelakon Amelia Henderson mengakui dia tidak mempunyai masa untuk mencari teman hidup.

Bersyukur dikelilingi team dan keluarga yang kuat memberi semangat, Amelia berkata buat masa kini dia hanya mementingkan karier seninya sahaja.

Bagaimanapun pelakon berusia 26 tahun ini turut mempunyai impian untuk berkahwin seperti mana semua wanita idamkan.

Amelia 1

Kesibukan kerja membuatkan Amelia tiada masa untuk bercinta.

“Pengganti untuk teman hidup? Saya boleh temankan diri saya sendiri sejauh mana yang boleh. Saya pun ada team dan keluarga yang sangat kuat.

“Jadi, saya tak pernah terfikir pun dan tak ada masa pun. Sebenarnya, saya sebagai ‘workaholic’, saya kena pentingkan apa yang ada dalam karier saya dahulu.

“Bukan saya tak nak cari pengganti. Saya rasa setiap perempuan ada impian dalam soal itu, tapi selagi jodoh atau rezeki ke arah itu belum ada, saya tak boleh nak kawal.

“Saya pun tak boleh nak rancang kalau calon pun tak ada. Memang ada yang cuba mendekati tapi dengan jadual macam ini, tak ada masa,” katanya kepada mStar.

Bukan saya tak nak cari pengganti. Saya rasa setiap perempuan ada impian dalam soal itu

AMELIA HENDERSON

PELAKON

Amelia ditemui ketika majlis Tayangan Perdana program-program Ramadan Awesome TV dan kolabarasi amal tanggungjawab sosial korporat bersama Koperasi Amanah Pelaburan Berhad.

Pada 2018, Amelia mended4hkan rumah tangga yang dibina dengan bekas suaminya iaitu Tunku Harunnarasheed Putra pada 2015 sudah berakhir.

Bagaimanapun, pemilik nama Amelia Thriputra Henderson itu enggan berkongsi tarikh sebenar percer4ian mereka.

Berkongsi mengenai hubungan rapat dengan aktor Aedy Ashraf, Amelia berkata mereka sememangnya berkawan baik dan kerap dilihat bersama disebabkan kerja.

Amelia 2

Peminat suka melihat hubungan rapat Amelia dengan Aedy.

Amelia turut menganggap lakonan dia dan Aedy dalam drama Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada November tahun lalu membuahkan hasil sehingga kini masih diperkatakan.

“Setiap kali saya jumpa Aedy, saya tanya dia ‘Aedy kenapa semua orang macam sibuk nak tanya I fasal you saja’. Lepas itu dia cakap ‘memang la saya Aedy Ashraf kot’.

“Kami memang kawan rapat, tak ada masalah pun. Kami pun baru juga jumpa. Kami banyak juga projek bekerjasama yang tengah berjalan.

“Bagi saya, benda ini (gosip) tak ganggu pun hidup saya. Lagi banyak orang tanya fasal ini, maksudnya drama lakonan kami sangat meletop.

“Kalau tak, mesti tak akan orang bertanya sedangkan cerita itu dah habis beberapa bulan lalu. Kiranya, lakonan kami pun menjadi. Sebagai pelakon, itu yang kami nak,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.sinarviral.com/

Previous articleSiapa Sangka, Rupanya Anak Zarina Zainudin Nikah Dengan Ker4bat DiRaja Sultan Perak
Next articleMuka Nampak Gar4ng, Fuh Tak Sangka Zul Huzaimy Ada Anak Perempuan Comel Bak Supermodel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here