Penyanyi nombor satu negara dan kesayangan ramai ini sememangnya memiliki sifat merendah diri serta disenangi siapa sahaja. Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang memiliki bakat cukup luarbiasa dan keperibadian dihormati ramai ini kadang-kadang sering membuatkan warganet terhibur dengan gelagatnya.
Dalam satu perkongsian rakaman dari sesi siaran langsung di sosial media ini kelihatan Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau turut mesra dengan gelaran Tok Ti ini menjawab soalan dari orang ramai. Dalam perkongsian tersebut soalan yang ditanyakan padanya adalah, “suara sedap, Tok Ti telan radio ke?”.
Soalan ditanya itu dijawab dengan nada serius namun ramai yang tahu ia hanyalah gurauan semata-mata. Jawapan Tok Ti adalah seperti berikut:
“Haah, kadang saya telan, kadang saya kunyah”, jawab Tok Ti dengan selambanya. Berikut adalah perkongsian rakaman Tok Ti sempoi jawab soalan peminat ini:
video:
Perkongsian rakaman Tok Ti sempoi jawab soalan peminat ini telah dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama akaun sitizoner. Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat penyanyi hebat ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Kadang kunyah hahaha”
“Aku suka suara Dato’ Siti sekarang sebab lebih tebal”
“Dahsyatlah Tok Ti telan dan kunyah radio”
“Telan radio kadang kunyah”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :https://www.dnq.pw/