Home Petua Tips Selepas Long Tlger ditnkap seorg anggota IPD turut ditahan krn buat sesuatu...

Selepas Long Tlger ditnkap seorg anggota IPD turut ditahan krn buat sesuatu pada Long Tlger

287
0

LELAKI Rohingya dikenali sebagai Long Tlger yang ditahan kelmarin disiasat kerana memfitn4h seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Muar pada Selasa lalu.

Menurutnya, kini suspek direman lima hari kerana kesalahan memfitn4h pegawai polis berkenaan dan hasil siasatan mendapati dia mempunyai tiga rekod keslahan lampau membabitkan kes ugvtan jen4yah pada 2009 selain kes cul1k dan kes rr0g0l pada 2012, yang kesemuanya sudah disabitkan keslahan.

 

“Suspek didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng dan polis sedang membuat siasatan lanjut.

“Suspek juga bukan warga Malaysia seperti yang didkwa dilahirkan di Mentakab, Pahang sebaliknya adalah pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru hari ini.

Semalam, Ayob Khan mengesahkan penahanan Long Tlger selepas gambar dan video penahanannya tular di media sosial.

Long Tlger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontr0versi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.

 

Dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Mengulas lanjut, Ayob Khan turut menafikan persepsi segelintir masyarakat yang menyatakan pemegang kad UNHCR kebal dari tindakan undang-undang.

“Tiada siapa pun kebal. Sesiapa yang membuat kesalahan tidak kira siapa pun termasuk pemegang kad UNHCR akan berdepan tindakan undang-undang negara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seorang koperal bertugas di IPD Muar turut ditahan atas kesalahan merakam gambar dan video penhanan Long Tiger.

 

“Merakam gambar serta video suspek ketika dalam tahanan adalah satu kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan kita akan buka kertas siasatan terhadap anggota berusia 37 tahun itu.

“Tiada pilih kasih walaupun kesalahan dilakukan anggota kami,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Previous articleSeorang Ibu LANGG4R PKP Untuk Kutip Tin kosong
Next articleDetik Terindah Dlm Hidup Saya Bila Ayah Kata ‘Blh Ajar Ayah Kenal Allah’ – Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here