Home Petua Tips Sharnaaz Ahmad Di D4kwa Punca Keretakan Hubungan Azira Shafinaz Dan Yasser. Ini...

Sharnaaz Ahmad Di D4kwa Punca Keretakan Hubungan Azira Shafinaz Dan Yasser. Ini Reaksi Tuan Punya Badan

403
0

Sebelum ini bertahun-tahun Azira Shafinaz bercinta dengan seorang jejaka bernama Yasser namun sayang jodoh tak panjang kahirnya mereka putus.

Namun tegas Azira, keretakan hubungan dengan bekas kekasihnya itu langsung tiada kena mengena dengan Sharnaaz Ahmad.

“Saya berkawan dengan Sharnaaz seperti orang lain juga. Saya akui, kami makin rapat selepas menjalani penggambaran drama Isteri Misteri. Bagaimanapun, saya memang baik dengan semua pelakon lain. Layanan saya sama sahaja.

“Ramai yang salah tafsir. Seperti kita ketahui, keletah Sharnaaz tidak boleh diduga. Sharnaaz suka bergurau dan mengacau orang. Itu sememangnya karakter Sharnaaz.

“Saya rasa mungkin orang luar nampak kami serasi, jadi mulalah orang bercakap soal kami. Bagaimanapun, Sharnaaz bukannya punca keretakan hubungan saya dan Yasser,” katanya kepada BH Online.

Tambah penyanyi dan pelakon ini, dia masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang.

“Buat masa ini, saya dan Yasser hanya selesa berkawan. Kami berjalan mengikut arus.

“Saya dan Yasser sibuk dengan kerjaya. Mungkin belum sampai masa untuk kami memutuskan mendirikan rumah tangga. Jadi, sekarang kami mengambil rentak perlahan dengan berkawan sahaja. Saya percaya jika ada jodoh tidak akan ke mana.

“Diakui, saya menyimpan hasrat mahu berkahwin pada usia 30 tahun, tetapi apakan daya, jodoh belum tiba. Sebagai manusia, kita hanya merancang, tetapi Allah juga yang menentukannya.

“Saya terima dengan hati terbuka sekiranya belum bertemu jodoh, tahun ini. Saya tak mampu menolak kehendak takdir. Jadi, buat masa ini, saya mahu fokus kepada kerjaya. Jika boleh, saya mahu menikmati peluang yang terbentang depan mata.”

Kuala Lumpur: Hubungan mesra diantara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz kini menjadi perbualan hangat warganet.

Ia berikutan satu paparan skrin InstaStory milik Sharnaaz memaparkan kemesraan mereka yang dikongsi menerusi laman sembang Cari.

Ia sekaligus menimbulkan dakwaan mengaitkan pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang bernama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini sudah bertemu pengganti teman hidupnya.

Kemesraan keduanya turut dilihat apabila Sharnaaz, 36, apabila dia mengucapkan terima kasih kepada Azira yang disertakan emoji ‘kiss’ kerana memberikan hadiah pelitup muka.

Terdahulu bapa kepada Jebat Jayden, 3, ini dilihat pernah memuat naik sebuah hantaran sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 pada 26 September lalu.

Mereka sebelum ini juga pernah bergandingan dalam drama Isteri Misteri.

Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017, namun bercerai pada Julai tahun lalu.

Azira pula sebelum ini mengakui sudah hampir 10 tahun bercinta dengan ahli perniagaan, Yasser Khan.

Biodata Azira Shafinaz, Pelakon Drama Seribu Rindu

Nama penuh: Azira Shafinaz binti Ramlan

Nama pentas: Azira Shafinaz

Tarikh lahir: 26 September 1991

Umur: 27 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon, pengacara dan penari

Media sosial: Instagram @azirashafinaz

Fakta Menarik

1. Merupakan anak bongsu dalam keluarganya.

2. Mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2015.

3. Pernah mengikuti kursus Diploma in Business. Juga pernah belajar di London, mengambil kursus pendek dalam jurusan solekan.

4. Salah seorang penyanyi utama kumpulan De Fam yang turut dianggotai Nurshazwani Shamsuddin (Cik Manggis) dan Sophiatul Liana Mohd Sobri (Sophia Liana).

5. Memperjuangkan genre muzik DJ dan R&B.

6. Single pertama De Fam berjudul ‘Supergirls’ meraih lebih sejuta tontonan di laman YouTube hanya dalam tiga minggu selepas dimuatnaik.

7. Ia disusuli dengan single With You (2015) dan Bila Ada Kamu (2017).

8. Pada tahun 2017, Azira tampil dengan lagu solo pertamanya berjudul Bukan Cinta Malaikat (duet bersama Ryfell).

9. Drama pertama lakonannya berjudul Mimpi Mira pada tahun 2015, diikuti beberapa judul lain seperti Married Tapi Benci, Mr. Donat Karamel, Nur 3 Pagi, Simpang Sejenak, Vila Ghazara, Doa Ku Mohon, Ms Emoji Mr Data dan Seribu Rindu. Juga bakal terbit dengan drama Kau Langit Aku Laut lakonan bersama Izzue Islam.

10. Berkeinginan melakonkan watak psik0 dan der4.

11. Bercita-cita ingin membuka sebuah salun yang membuat rawatan kuku.

12. Pada Oktober 2018, Azira mendedahkan di laman sosial dirinya telah menjadi mngsa bu.li jalan raya di laluan smart tag lebuh raya AKLEH.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://www.lubukmaklumat.com/

Previous article“Jangan Kacau I!” Hannah Delisha Dan Imam Shah Bertengk4r?
Next articleDapat ibu pengotor sampai geli nak pijak lantai rumah, anak akui malu nak bawa balik suami – “Tetamu datang, mak salahkan adik-adik pemalas” –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here