Home Petua Tips Shuib Tak Galak Anak Ikut Jejak Langkah, Masuk Dunia Hiburan – “Saya...

Shuib Tak Galak Anak Ikut Jejak Langkah, Masuk Dunia Hiburan – “Saya Tak Cenderung Untuk Mereka Jadi Artis”

94
0

Melihat pada telatah anak-anak Shuib Sepahtu dan allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pasti ramai yang berpendapat bahawa mereka mempunyai daya tarikan dan kepetahan tersendiri.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak-anak Shuib dan Sarah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin begitu petah berbicara, terutama apabila telatah mereka dirakam dan dimuat naik di media sosial.

Sungguhpun begitu, jauh di sudut hati Shuib, dia tidak mahu melihat anak-anaknya itu masuk ke bidang seni dan juga industri hiburan untuk bergelar artis.

Sungguhpun bidang tersebut dekat dengan dirinya dan juga arwah isteri, namun Shuib memilih untuk tidak mendorong anak-anaknya ke arah seni, sungguhpun mereka telah menunjukkan kecenderungan dalam bidang nyanyian dan komedi.

“Saya sebenarnya dari dulu tak minat benarkan anak-anak saya shooting, nyanyi ke. Maksud saya artis… saya tak cenderung untuk itu.

“Tapi Talita dia ada cakap dia nak menyanyi. Saya fikir kalau dia nak menyanyi, saya rasa dia menyanyi untuk saya jelah kot. Untuk family.

“Matin ada bakat berlakon, melawak. Tapi sama juga saya rasa saya tak cenderung untuk mereka jadi artis kot,” ujar Shuib lagi.

Shuib juga memiliki seorang lagi cahaya mata bogsu bernama Ayash Affan. Shuib memulakan kerjaya selepas menyertai program Raja Lawak musim ketiga bersama bekas kumpulannya, Sepah.

Sarah pula mengorak langkah sebagai penyanyi selepas menyertai program nyanyian Bintang RTM dan seterusnya beberapa pertandingan lain seperti One In A Million dan Gegar Vaganza.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Gempak

Previous article“Paling Dirisaukan Sekiranya Tak Siap Kalau Saya Pergi Dulu,” – Aeril & Wawa Syukur Lega, Niat Projek Bina Masjid Dah Boleh Diteruskan – Media Hiburan
Next articleRamai Tak Kenal Siapa Suami Dian P Ramlee! Akhirnya Dia Ceritakannya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here