Home Petua Tips “Makcik jual goreng pisang lagi kaya daripada segelintir artis Malaysia” – Aweera...

“Makcik jual goreng pisang lagi kaya daripada segelintir artis Malaysia” – Aweera sokong cadangan Black anak seni perlu dibantu

554
0

PENYANYI Aweera berkata tindakan segelintir netizen membandingkan pendapatan artis tempatan dengan selebriti antarabangsa adalah tidak wajar.

Menurut Aweera, 29, anak seni di negara ini berdepan dengan pelbagai isu membabitkan industri dan ramai antara mereka yang masih berjuang untuk meneruskan hidup.

“Hello netizen.. pertama sekali jangan anggap artis Malaysia semua kaya, yang kaya mungkin dalam beberapa peratus sahaja, lagi banyak survival struggle.

“Ramai netizen tidak tahu dan tak pernah ambil tahu permasalahan dalam industri, sukar untuk sokong karya tempatan berbanding artis antarabangsa dengan alasan mereka lagi baik.

“Negara dia orang ekonomi cantik, kita hanya jual produk dalam Malaysia jadi… mereka satu dunia jual tak sama artis kita, sebab itu mereka boleh bagi bantuan pada kerajaan, bukan sikit-sikit tapi juta-juta,” katanya.

Aweera menyokong cadangan dan kenyataan Black.

Aweera menulis luahan pendapatnya itu menerusi ruangan komen di Instagram mStar Online.

Ia susulan kenyataan penyanyi Black Hanafiah yang mencadangkan supaya kerajaan tidak meminggirkan penggiat seni dengan memberikan bantuan khusus akibat kesan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pandangan Black itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang berasakan golongan selebriti sudah cukup kaya dan tidak perlukan bantuan.

Sementara itu, Aweera memberitahu anak seni bergantung sumber pendapatan hasil undangan persembahan semata-mata.
Kenyataan Black menerima kecaman hebat netizen.

“Makcik jual goreng pisang pun lagi kaya daripada segelintir artis Malaysia yang kurang bernasib baik sebab kami sebagai artis hanya berpandukan job semata-mata.

Kenyataan Bl4ck Mendapat kecman dari Netizen

“Ada show atau shooting adalah duit… tak ada kena cari! Artis pun perlu membayar cukai, bil dan sebagainya dengan ekonomi negara sekarang naik dan turun, bajet untuk artis kadang-kadang tak masuk akal langsung,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aweera menyokong kenyataan Black itu dan meminta netizen berfikiran positif serta tidak memanjangkan isu ini.

“Isu ini saya rasa tak perlu dipanjangkan selebihnya berserah pada Allah SWT.

“Pada saya mungkin Black bersuara untuk artis-artis yang kurang bernasib baik… dalam jangka masa PKP ini saja. Fikir p0sitif,” katanya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Previous article“Abang minta maaf…” Anggota p0lis k0rban Cov-19 Yang ke 24, sempat titip pesan buat isteri
Next article“Saya terima hakikat saya menjadi Perdana Menteri anda bukan pd masa yg baik,tapi kerajaan ini ambil berat pd anda – PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here