Home Petua Tips Suami Puteri Aishah Terima Tawaran Jadi Model, Tak Minat Berlakon

Suami Puteri Aishah Terima Tawaran Jadi Model, Tak Minat Berlakon

88
0

Aktres jelita Puteri Aishah tidak menyangka suaminya, Muhammad Firdaus Sulaiman menerima tawaran untuk sesi fotografi bersamanya untuk satu jenama pakaian bersempena Aidilfitri.

Menurut Puteri, permintaan pihak jenama terbabit yang meminta dia membawa suaminya bersama bagi menjayakan sesi fotografi tersebut cukup mengejutkan malah pada masa yang sama mengujakan.

“Baru-baru ini, saya ada kolaborasi dengan satu jenama untuk pakaian Aidilfitri.

“Pihak jenama itu meminta saya untuk bawa suami bersama dan itu adalah kali pertama suami saya terbabit sama dalam sesi fotografi begitu.

“Itu untuk fotografi raya macam tu je la dan itulah juga job pertama saya buat bersama suami,” katanya ketika ditemubual.

Puteri ditemui di majlis pelancaran produk wangian, InFlorescence Aromatherapy Room Spray hasil kolaborasinya dengan jenama Plant Origins yang diadakan di Bo Dining, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Puteri juga mendedahkan suaminya bukan seseorang yang sukakan populariti jika diminta untuk berlakon dalam mana-mana drama.

“Saya dah pernah tanya kalau dia nak cuba berlakon, tapi menurutnya, dia tak berminat. Jadi, memang dia takkan berlakon.

“Tapi untuk drama belum kot takut nanti dia kayu, saya yang segan. Dia tak biasa lagi kan,” jelas Puteri lagi.

Untuk rekod, pasangan Puteri dan Firdaus berumah tangga pada 21 November 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :www.sinarviral.kini.blog/

Previous article“Besar biji mata tengok,” – ibarat orang berpuasa, gelagat kucing tenung air milo buat ramai terhibur
Next articleSiapa gerangan lelaki kurang s1uman bawa patung bayi dalam stroller? Ramai hulur makanan tapi dikongsi pula dengan kucing jalanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here