Home Petua Tips Muhyiddin Terima Sumbangan Bernilai RM2.5 juta

Muhyiddin Terima Sumbangan Bernilai RM2.5 juta

194
0

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan peralatan perubatan bernilai RM2.5 juta daripada Tropicana Corporation Bhd dan Top Glove Corporation Bhd untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menerima sumbangan peralatan perubatan daripada Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Tropicana Corporation Berhad Tan Sri Tan Chee Sing (tiga, kiri) di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Dalam acara ringkas di Perdana Putra di sini, sumbangan Tropicana disampaikan oleh Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tan Chee Sing, manakala Top Glove diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Dr Lim Wee Chai.

Tropicana menyumbangkan peralatan perubatan iaitu mesin ventilator, mesin ultrasound dan sut perubatan bernilai RM1.5 juta.

Top Glove pula menyumbangkan tiga juta sarung tangan bernilai RM700,000 serta peralatan perubatan iaitu ventilator dan sut perubatan bernilai RM300,000.

Menurut kenyataan kedua-dua syarikat itu, Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin akan mengagihkan sumbangan berkenaan kepada hospital dan jabatan kesihatan yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Sumber : astroawani

Previous article“Bdohnya Cer4i Hanya Nak Status Janda..” – Luahan Nonny Nadirah
Next articleAyah Khabib Meningg4l Dunia, Dipercayai Akibat Komplikasi COVID-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here