Home Petua Tips “Tak Ada Niat Sakitkan Hati” Tampil Mohon Maaf Isu ‘Kes 7K’, Mawar...

“Tak Ada Niat Sakitkan Hati” Tampil Mohon Maaf Isu ‘Kes 7K’, Mawar Rashid Backup Iman Troye

102
0

Selepas dikecam hebat akibat ‘bersorak’ sewaktu kes harian COV1D-19 mencatatkan angka 6,976 pada 24 Mei lalu, penyanyi baharu Iman Troye telah tampil membuat permohonan maaf atas kesilapannya itu.

Permohonan maaf Iman turut diselitkan sekali dengan penyesalan yang timbul dalam dirinya akib4t tersalah cakap tentang pandemik yang melanda negara.

“I’m so sorry for the mistaken that I’ve done, I realised soon after Iman post that tweet. I have no intention to hurt anybody at all, I mean no harm to anyone especially to the frontliners and those who are effected by COV1D-19.”

Penyanyi berusia 19 tahun itu turut dilihat sangat kesal dengan twit yang ditulis olehnya dan menerima setiap nasihat yang ditinggalkan oleh penyokongnya.

Dalam masa yang sama, selebriti Mawar Rashid dilihat seperti menyebelahi Iman dan membalas beberapa komen yang ditinggalkan di laman Instagram Iman.

Mawar turut meninggalkan komen kata-kata semangat kepada Iman berkenaan isu cyberbully selepas melihat penyanyi itu dikecam hebat oleh warganet.

“I will support sesape shj yg kene cyberbully ni. No matter who they are. I’ve been there. Semua manusia buat silap. Sape lah kita nk menghukum manusia sampai mcm tu.. nanti Allah hukum kita lagi tervk tau kalau m4ki2 ni. Mawar tak nk you all buat dosa.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@imantroye)


Sebelum ini, Mawar turut pernah menyebelahi Noor Neelofa selepas timbulnya isu petisyen untuk memasukkan selebriti itu ke penjara akib4t kes melanggar banyak prosedur operasi standard (SOP).

Mungkin niat Mawar hanya untuk membanteras isu cyberbully dan disebabkan itu beliau dilihat rajin untuk membalas komen kecaman tersebut.

Manakala, pelakon Sharnaaz Ahmad turut sempat meninggalkan komen berbunyi nasihat tetapi di akhirnya turut terselit lawak ‘pancing hati’.

“Org malaysia ni mudah, mintak maaf kemudian dimaafkan, mohon sedekahkan al fatihah buat yg telah gugur dalam covid ni.. “

Apa pun, sebaiknya tak kisah lah sama ada selebriti atau orang biasa, amalkan sikap berfikir dahulu sebelum bercakap atau menulis apa-apa di media sosial.

Kata-kata kita itu mungkin akan memberi seribu satu makna kepada yang membaca.

Sumber foto: Instagram Iman Troye

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleTinggalkan Isteri Dan Anak-Anak, Ebit Lew Pohon Doa Untuk Misi Ke P@le5tin
Next article“Saya tidak memihak Lofa pun” – Duriankimchi Mohon Maaf, Perjelas Maksud Sebenar Isu K.ritik Peguam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here