Home Petua Tips “Tak P4yah K3cam ‘K4yangan’ Je, 0rang ‘Biasa’ Pun Rentas Negeri!” Michael Ang

“Tak P4yah K3cam ‘K4yangan’ Je, 0rang ‘Biasa’ Pun Rentas Negeri!” Michael Ang

62
0

Kebelakangan ini, sering timbul isu golongan artis dan kayangan melanggar peraturan standard operasi (SOP), seakan tidak serik.

Pada hari raya ini, ramai netizen tidak puas hati dan mengecam tindakan mereka kerana didakwa merentas negeri dan beraya sakan bersama keluarga di laman sosial.

Bagaimanapun, apa yang menjadi persoalan adalah adakah rakyat biasa cukup baik dan terlepas dari perbuatan tersebut?

Berikutan itu, pengarah terkenal Michael Ang tampil menyuarakan pendapat berkenaan isu yang sehangat ‘goreng pisang panas’ itu.

Menerusi sebuah ‘posting’ di laman Instagram miliknya, pemilik nama Michael Ang Hai Swee terbabit berkongsi sedikit teguran kepada netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Terimalah hakikat wahai rakyat Malaysia, tak payah lah nak menyumpah dan maki orang-orang yang dapat balik kampung beraya atau beraya yak yak yeh kat IG!
“Terimalah hakikat yang kau orang tak ada kable fibre optic, kabel kau orang masih copper! Tapi seriously, bukan ARTIS atau orang kayangan je yang boleh rentas negeri. Banyak orang biasa pun buat benda sama!” tulisnya.

Secara umumnya, lelaki berusia 45 tahun itu mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mementingkan diri kerana pulang beraya di kampung halaman dalam keadaan PKP.

Menurutnya, perbuatan itu jelas melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan di mana, rakyat tidak dibenarkan merentas negeri.

Namun begitu, Michael tidak bersetuju apabila netizen menuding jari sepenuhnya kepada artis dan golongan kayangan. Ini kerana, sebenarnya ramai sahaja rakyat biasa yang melanggar SOP, cuma ia tidak ‘dilihat’ oleh lensa kamera.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pendapat pengarah drama Sweet Dreams tersebut.

Betul seperti kenyataan Michael tersebut, sebagai rakyat.. Tidak kiralah kayangan atau orang biasa, semua perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Jangan pula ramai yang menuduh antara satu sama lain, tetapi diri sendiri buat kesalahan serupa. Marilah sama-sama membendung penularan Covid-19 di negara kita!

Sumber: Instagram Michael Ang

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Previous articleNora Nafi Sudah Bernikah Dengan Annuar Musa Di Selatan Thai, Mengaku Terima Lamaran Lelaki Lain
Next articleNetizen Cadang Neelofa, Keluarga Dihukum Bersih Tandas, Cuci Longkang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here