Tampil berbeza, penampilan dan stail rambut pelakon Emelda Rosemila yang dipotong hampir botak mencvri tumpuan hingga sekali imbas ia persis imej yang pernah dibawa beberapa figura terkenal Hollywood.
Bagaimanapun, isteri kepada Adlin Aman Ramlie menjelaskan gaya rambut tersebut sebenarnya adalah demi tuntutan watak yang dilakonkan menerusi filem Abnormal arahan Azhari Zain.
Emelda,41, berkongsi mengenai perkara sejurus sesi pra tonton drama Dukun Diva di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Saya jadi g4ngster dalam filem itu. Penggambarannya bermula dari 6 sampai 19 November lalu. Adlin dan Kodi Rasheed pun berlakon sama. Filem ini juga ada babak aksi dan berlawan.
“Saya pegang watak per0mp4k berimej botak dengan ada ukiran seakan tatu di rambut bernama Speed. Filem ini menurut pengarahnya dihasilkan untuk platform seperti Netflix,” katanya.
Lebih 20 tahun di arena seni, Emelda akui dia sentiasa mahu keluar dari zon selesa demi menc4bar diri.
“Ini kira kali pertama saya potong rambut sebegini untuk improvisasi watak diberikan. Kalau boleh saya nak tinggalkan kenangan untuk filem itu dengan meng0rbankan rambut.
“Cuma imej dalam filem ini saya tak terlalu kongsi sangat dalam media sosial. Dulu masa muda remaja pernah juga potong rambut pendek hampir b0tak. Biasalah zaman ‘n4kal’. Ikutkan pengarah atau produksi filem itu tak minta pun saya potong rambut.
”Tapi ia inisiatif sendiri demi menjiwai watak. Sesekali ubah gaya, kenapa tidak. Lagipun saya sudah terbiasa dengan potongan rambut pendek paras bahu dan sebagainya,” katanya lagi.
Sementara itu, Emelda yang mendukung watak sebagai Datin DD menerusi drama Dukun Diva juga teruja apabila turut bergandingan dengan suami dalam naskhah sama.
Adlin memegang watak sebagai Datuk Siddiq, juga sebagai usahawan kosmetik.
“Jujur saya ‘enjoy’ berlakon di samping suami. Selepas telefilem Cer4i tahun lalu kami digandingkan lagi dalam satu ‘frame’. Sudah empat kalilah kami digandingkan bersama. Senang juga berlakon dengan suami sendiri kerana untuk drama ini pun kami sering bertukar pendapat demi menghidupkan watak masing-masing.
“Dalam drama ini banyak juga babak kami ‘g4duh’. Malah dalam drama ini pun watak Datuk DD berpeluang memiliki video muzik lagu sendiri seperti penyanyi lain. Babak saya dan suami ada elemen muzikal. Kami juga perlu menari termasuk ada ‘battle’ rap,” katanya.
Sinonim dengan watak serius sebelum ini, adik ipar kepada Datuk AC Mizal ini bagaimanapun tidak melihat karakter Datuk DD sebagai satu watak mudah.
“Sebenarnya ada lapisan watak dalam karakter Datuk DD. Tambah pula dia sejenis bipolar. Ia bukan kerja mudah biarpun watak ini nampak gil4-gil4, santai dan ada sisi komedi. Saya pun tak bergantung kepada garis panduan yang diberikan.
“Malah banyak improvisasi. Jadi ia sebenarnya memenatkan tapi saya ‘enjoy’. Sepatutnya rambut palsu ditukar dengan pelbagai gaya. Tapi akhirnya kekal dengan satu rambut palsu saja.
“Lagipun penggambaran dibuat pada fasa p4ndem1k C0VlDl9 yang terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP) dan mengejar masa,” katanya lagi.
Komen netizen:
Sumber: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/