Home Petua Tips “Tanpa Sokongan Peminat & Suria Cinta, Tiadalah DJ Lin Di Sini,” –...

“Tanpa Sokongan Peminat & Suria Cinta, Tiadalah DJ Lin Di Sini,” – Terus Sukses, Empunya Badan Terima Anugerah ke-10

64
0

Tahniah diucapkan buat penyampai radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau popular dengan gelaran DJ Lin telah dipilih sebagai penerima anugerah kecemerlangan bagi kategori ‘Influential Radio Announcer’ di majlis Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA2021/22).

Majlis meraikan para penerima itu telah diadakan pada 24 Mac 2022 lalu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Sinonim menerusi segmen Suria Cinta, DJ Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM ini teruja dengan anugerah yang diterima dan bersyukur di atas pengiktirafan orang luar terhadap jenama DJ LIN.

“Anugerah dan pencapaian ini sememangnya tidak ternilai harganya dan tanpa sokongan peminat DJ Lin dan Suria Cinta, tiadalah DJ Lin di sini.

“Pengiktirafan ini secara tidak langsung menyuntik semangat DJ Lin untuk melakukan yang lebih baik kepada pendengar setia yang mempercayai jenama DJ Lin dan Suria FM,” katanya.

Kredibiliti dan populariti DJ Lin selama 23 tahun di dalam industri radio di Malaysia diiktiraf menerusi beberapa anugerah besar yang dimenanginya sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Antaranya, DJ Lin pernah menerima trofi Anugerah Sri Angkasa (kategori Penyampai Radio Terbaik) sebanyak tiga kali, Anugerah Penyampai Radio Paling Popular Berita Harian (ABPBH) empat kali, Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012 dan Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest Trusted Brands ke-23.

Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh ini merupakan anugerah ke-10 buatnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: MH

Previous article“Saya Memang Ke Arah Itu, Cuma Tak Berani Nak Cakap Lebih,” – Nelydia Senrose Mohon Doa Yang Baik-Baik
Next articleAnak disangka hilang dibawa ke Australia, kering air m4ta wanita ini 8 tahun menanggung rindu… benarlah doa ibu tiada hijab

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here