Home Petua Tips Biar Dia Rasa Malu Nak Keluar – Bapak P0tong Rambut Anak B0tak...

Biar Dia Rasa Malu Nak Keluar – Bapak P0tong Rambut Anak B0tak Tengah Sebab Deg1l Selalu Keluar Rumah Waktu C0v19

2164
0

Kerana mahu pastikan anaknya tidak keluar rumah dan berisiko dijangkiti C0v1d-19 disebabkan itu, seorang bapa melakukan sesuatu yang lain daripada lain.

Menurut Harian Metro, bapa dari Filip1na itu telah mem0tong rambut anak lelakinya itu dengan gaya pelik agar dia berasa malu untuk keluar berjalan.

Viral di Facebook sejak minggu lepas gambar kanak-kanak itu menangis kerana gaya potongan rambut pelik tersebut.

Gambar itu mendapat perhatian dan pelbagai reaksi daripada warganet dengan lebih 60,000 perkongsian dan ribuan komen.

Bapa kanak-kanak itu dikatakan terpaksa melakukan sedemikian kerana kedegilan anak lelakinya itu yang suka keluar rumah.

Jadi, dia terfikir untuk buat begini agar anaknya tinggal di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan l4rangan keluar rumah oleh kerajaan Filip1na.

 

Dia lebih rela melakukan sebegitu daripada menggunakan cara yang lebih keras seperti marah atau menengking anaknya.
Filipina setakat ini mencatatkan 2,311 kes C0v1d-19 dengan 96 kem4tian, manakala 50 daripada pesakit telah pulih.

Manakala, Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar mengakui rutin hariannya dalam menguruskan anak-anak sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berubah jadi tidak teratur.

 

Bahkan, kata Dr. Sheikh Muszaphar, dia juga merasakan seolah-olah dirinya kini turut menjadi seorang yang kurang berdisiplin, tidak seperti kelaziman.

“Selalunya ia merupakan satu tugasan yang mudah, namun sejak PKP, ia memerlukan saya mengambil masa 45 minit untuk memandikan anak-anak.

“Mereka asyik nak berlari, terlalu banyak aktiviti dan berseronok sewaktu lockdown ni, semua rutin jadi ‘haywire’ (tak teratur)

“Mandi lambat, makan lambat, tidur lambat, bangun lambat. Mungkin saya pun dah hilang sifat disiplin terhadap diri…cuba untuk mendisplinkan mereka,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

 

Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata mengakui berdepan masalah yang sama seperti yang dilaluinya sepanjang tempoh PKP.

“10 hari pertama je jadi haywire, semua orang nampak tak terurus. Sekarang ini, saya set waktu ‘sekolah’ untuk mereka di rumah.

Sama juga. Bangun lambat cuti ni, Kadang-kadang dah set nak buat aktiviti lain, tapi jadi lain. Macam manalah nak kembali ke rutin asal lepas ni,” kata sebahagian netizen.

Sumber : hmetro

Previous article‘Suami Isteri Cvri Keluar Malam Nampak Polis Terus Pecut Motor,Patah Balik.Petugas Kongsi Kerenah Orang Tika PKP
Next articleBetul ke Malaysia – “H0tspot” Cor0navirus Dunia?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here