Home Petua Tips Terharu ramai menolong, atlet paralimpik kongsi kisah 11 tahun berkerusi roda… pernah...

Terharu ramai menolong, atlet paralimpik kongsi kisah 11 tahun berkerusi roda… pernah ‘down’ terperap dalam bilik sebab malu, siapa nasihat pun tak lut!

53
0

VIDEO seorang lelaki yang diangkat beberapa individu ketika menuruni tangga di sebuah lokasi peranginan, benar-benar meruntun hati netizen.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (0KU) tidak dapat menggunakan kerusi rodanya kerana kemudahan untuk golongan 0KU sedang dalam proses penyelenggaraan ketika itu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohamad Saiful Abd Manan yang juga lelaki di dalam video tular itu berkata ins1den berkenaan dirakam oleh isterinya, Nurul Syahirah Jasmi ketika mereka sekeluarga berkunjung ke Langkawi SkyCab, minggu lalu.

“Sebelum saya pergi ke sana, ada juga bertanya kawan-kawan yang menggunakan wheelchair yang dah pernah pergi. Sajalah tanya supaya senang nak bergerak nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sepatutnya ada laluan yang mesra 0KU tapi ketika itu dalam proses maintenance. Jadi hanya ada tangga. Itu yang mereka bantu angkat saya.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada pekerja di Langkawi SkyCab dan polis bantuan yang turut membantu. Saya terharu sangat-sangat.

“Sebenarnya saya tak tahu pun isteri rekod video dan muat naik di TikTok. Tapi bagus juga kerana ia secara tak langsung beri kesedaran kepada masyarakat untuk tampil membantu 0KU kalau nampak di mana,” katanya sambil memuji pihak pengurusan di lokasi berkenaan.

Menyingkap kisahnya, lelaki berusia 28 tahun ini berkata, dia mengalami keced3raan sar4f tunjang (sp1nal c0rd injvry) akib4t kemal4ngan jalan raya pada 2010.

oku baru 1

Mohamad Saiful dan keluarga bercuti di Langkawi, baru-baru ini.

“Kemal4ngan tersebut membuatkan saya lvmpuh daripada paras pinggang sampai ke bawah. Kiranya sudah 11 tahun saya berkerusi roda.

“Sebelum kemal4ngan, saya merupakan atlet hoki. Biasa dengan hidup aktif. Bila dah jadi macam tu, saya seakan tak dapat terima kenyataan pada peringkat awal.

“Hampir tiga tahun lebih saya hidup dalam dunia sendiri. Saya langsung tak hirau keadaan diri. Hanya duduk dalam bilik, hanya keluar apabila perlu ke hospital. Saya jadi tersangat ‘down’. Masa tu, siapa bagi semangat pun seperti tak lut.

oku baru 3

Mohamad Saiful merupakan atlet paralimpik yang mewakili Perak bagi sukan memanah.

“Hinggalah satu hari, datang kesedaran secara tiba-tiba. Sampai bila nak macam ni? Dulu aktif boleh pergi sana sini. Terus saya bangun, mandi, dan cuba belajar lakukan rutin-rutin harian,” katanya yang menetap di Taiping, Perak.

Mohamad Saiful yang merupakan atlet paralimpik negeri Perak bagi sukan memanah berkata, dia kini giat memberi kesedaran dan semangat kepada komuniti 0KU untuk bangkit membina keyakinan diri.

Satu hari, datang kesedaran secara tiba-tiba. Sampai bila nak macam ni? Dulu aktif boleh pergi sana sini. Terus saya bangun, mandi, dan cuba belajar lakukan rutin-rutin harian.

MOHAMAD SAIFUL ABD MANAN

“Bila saya tahu ada orang senasib saya menerusi grup komuniti dari Facebook, terutama di sekitar Taiping, saya cuba bertemu mereka.

“Saya cuba kongsi pengalaman sendiri untuk pulihkan semangat mereka. Saya ajak join sukan, jumpa orang… ini untuk bina kembali keyakinan diri mereka.

oku baru 2

Mohamad Saiful cuba membantu komuniti yang senasibnya untuk bangkit membina keyakinan diri.

“Ini salah satu contribution saya. Saya dah merasa, saya tak mahu mereka jadi macam saya dulu ambil masa lama terperap dalam rumah.

“Bagi yang senasib, jangan putus asa, kuatkan semangat. Kehidupan kita masih panjang. Kalau teruskan macam tu, memang sampai bila tak berubah. Hanya kita yang boleh ubah nasib sendiri,” katanya lagi.

Komen Netizen:

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :  SV

Previous articleDiduga saat bisnes kencang… Mulanya kaki tangan bengk4k, sekarang dah tak boleh jalan… apa berlaku sebenarnya? – “Pasti ada penawar, jangan down lama-lama”
Next article“Terima kasih di atas doa semua pihak,” – Shaheizy Sam syukur dah semakin pulih, sihat semula

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here