Home Petua Tips Terkejut Dengar Shuib Nak Lamar Dia, Ini Biodata Penuh Hazwani Helmi, Adik...

Terkejut Dengar Shuib Nak Lamar Dia, Ini Biodata Penuh Hazwani Helmi, Adik Heliza Helmi

53
0

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba nama adik kepada pelakon Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi dikaitkan dengan pelawak Shuib.

Jom kenali siapa sebenarnya adik kepada Heliza Helmi ini

Nama penuh: Nur Hazwani Afiqah Helmi

Tarikh Lahir: 29 Januari 1997)

Penyanyi penulis lagu, pengacara TV, model, dan aktivis kemanusiaan Malaysia. Dikenali secara meluas sebagai Beatboxer Muslimah, beliau mula menulis lagu pada usia 13 tahun. Karya pertama beliau bertajuk “Jom Zikir” yang ditulis sendiri dalam album kakaknya, Heliza Helmi[1] #JOM pada tahun 2013.

Beliau memulakan kerjayanya di industri hiburan pada usia awal, dan dikenali sebagai salah seorang komposer termuda pada masa itu. Beliau ialah pemenang tempat kedua Astro Oasis, “Gema Gegar Vaganza” musim 2 pada 2018. Beliau juga membuat penampilan kameo di Tazkirah Malam Jumaat (2018).

Hazwani sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Psikologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kehidupan awal

Hazwani dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu, dan dibesarkan di Tawau, Sabah selama 11 tahun dari umur 3 hingga 14 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Pra-Islam di Tawau dari tahun 2002 hingga 2003.

Hazwani melanjutkan pendidikan rendahnya di SK Holy Trinity dan Sekolah Islam Utama Tawau dari tahun 2004 hingga 2009. Beliau meneruskan pendidikan menengah di SMK Tawau dan berhijrah ke Kuala Lumpur dua beberapa tahun kemudian. Beliau kemudiannya berjaya menamatkan pengajian dari SMK Perimbun.

Beliau mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu peribadi dan memberikan ceramah motivasi pada usia 16 tahun.

Beliau mula menyertai banyak misi kemanusiaan selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2014.

Nafi ‘berkawan’ dengan Shuib, Hazwani nak habiskan pengajian dulu

Adik Nur Heliza Helmi, Hazwani, menafikan dirinya adalah wanita ‘misteri’ yang dikaitkan sedang berkawan dengan usahawan serta pelawak terkenal, Shuib.

Hazwani yang ditemui media pada majlis pelancaran filem pertama lakonannya, Road To Heaven, mengakui terkejut ketika mula-mula terbaca dakwaan berkenaan.

“Saya pun tak tahu macam mana dakwaan macam tu boleh timbul. Saya tahu (mengenai isu itu) pun selepas ada individu yang berkongsi mengenainya melalui Instagram.

“Apabila membacanya, saya memang sangat terkejut, tapi taklah sampai terkesan atau terganggu kerana saya tahu perkara tu tak benar,” jelasnya.

Tambah pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi di Universiti Islam Antarabangsa itu, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk mendekati Shuib kerana sedang menyelesaikan pengajian yang dijangka tamat Ogos ini.

Katanya, dia hanya mengenali lelaki itu sebagai teman artis.

“Saya kenallah dia sebagai pelawak, tapi nombor telefon dia pun saya tak ada apatah lagi pernah berjumpa mahupun berhubung.

“Jauh lagi perjalanan saya. Saya memang langsung tak terfikir ke arah tu (untuk menamatkan zaman bujang),” katanya di Pawagam P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ampang Jaya, semalam.

Rasa berdebar-debar

Shuib dikaitkan dengan ramai wanita sejak pemergian allahyarham isteri, Siti Sarah Raissuddin, pada 9 Ogos tahun lalu.

Juruhebah radio itu juga beranggapan dirinya seperti alat mainan Lego kerana cuba ‘dijodohkan’ netizen.

Jan lalu, Shuib menafikan mengenali atau mempunyai sebarang hubungan dengan Hazwani.

Sementara itu, berkongsi penglibatannya dalam filem Road To Heaven yang mendapat arahan Nizam Zakaria, Hazwani melihat ia sebagai salah satu cabang dakwah.

Pasangan adik-beradik Heliza (kanan) dan Hazwani

Mengakui teruja, Hazwani pada masa sama menyatakan sebagai filem pertamanya, timbul perasaan bimbang sekiranya dia gagal memberikan yang terbaik.

Namun, katanya, berlakon di samping Heliza, sedikit sebanyak membantu untuk meningkatkan semangat.

“Berdebar-debar juga untuk berlakon filem walaupun pernah berlakon drama sebelum ni. Tapi bila ada Kak Ja (Heliza), sedikit sebanyak membantu.

“Walaupun berat, saya anggap ia sebagai satu cabang dakwah. Dulu orang berdakwah melalui tulisan, tapi kini melalui seni pun boleh,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/

Previous articleSambung Degree & Suka Bagi Motivasi, Kenali Isteri Cantik FIZO OMAR Bijak & Ada Pakej Lengkap!
Next article“Money can’t buy style” – Lelaki Pakai Pakaian Berjenama Tapi Kena Kec4m Sebab Nampak ‘Murah’?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here