Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Aliff Aziz tampil memberi ucapan ‘sweet’ kepada isterinya Bella Astillah selepas menjadi sumber kekuatan atau ‘tulang belakang’ sepanjang di pentas GV.
Menurut Aliff, kejayaannya mendapat tempat pertama dua minggu berturut-turut di pentas GV bukanlah disebabkan dia seorang, sebaliknya banyak dibantu oleh Bella.
“You (Bella), ini ucapan untuk awak. Terima kasih kerana selalu ada, bukan hanya di backstage tapi dari rumah, bawakan baju semualah.
“Awak superwoman, saya gembira dan saya tak mampu jadi terbaik tanpa awak,” katanya.
“Result dua minggu ini pun not for me, ini untuk my wife, keluarga dan peminat yang mendoakan.
“Thank you so much sayang i love you,” katanya.
Ditanya bagaimana keadaan anak-anaknya di rumah, Aliff menyatakan dia bersyukur apabila keluarga banyak membantu menguruskan mereka.
“Anak-anak Aliff ada bapa mentua jaga. Ada makcik-makcik mereka yang rapat jagakan anak kami.
“Paling penting, mereka juga tengok persembahan saya dekat rumah, tak sabar nak jumpa mereka peluk mereka,” katanya ketika ditemui usai Konsert kedua GV8 Ahad lalu.
Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 bersama pelakon Bella Astillah dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna, setahun.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: Gempak