Home Viral “Rasa berat hati” tiada lagi Elly Mazlein di pentas All Stars Gegar...

“Rasa berat hati” tiada lagi Elly Mazlein di pentas All Stars Gegar Vaganza, umum undur diri atas sebab peribadi

142
0

“Rasa berat hati” tiada lagi Elly Mazlein di pentas All Stars Gegar Vaganza, umum undur diri atas sebab peribadi

SELEPAS tiga minggu berada di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV), pengacara Elly Mazlein diumumkan tidak lagi terlibat mengendalikan program hiburan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu Raqim Ahmad memberitahu Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom membuat keputusan mengundurkan diri atas sebab-sebab peribadi.

Lihat video

“Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

elly mazlein 1

Pengunduran Elly dibuat atas sebab peribadi.

“Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, turut mengucapkan penghargaan buat peminat yang telah banyak memberi sokongan terhadapnya sepanjang mengendalikan program tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak Lina umum undur diri Gegar Vaganza, sudah tiba masa Elly Mazlein jaga hati netizen… “Minta maaf segala khilaf”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kak Lina Pom Pom persona di atas pentas, Elly Mazlein masih tahu batasan sebagai isteri – “Cuma kadang-kadang ‘menggeliat’ sahaja”

Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram, Elly memuat naik perkataan maaf bersama paparan skrin berita mengenai pengunduran dirinya itu.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya saya amat menghargai,” ujarnya.

elly mazlein 2

Tiada lagi gandingan Nabil, Elly dan Jihan di pentas ASGV.

Elly merupakan pengacara ASGV bergandingan bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dia juga terlibat sebagai pengacara dalam Gegar Vaganza musim kesembilan tahun lalu menggantikan Jihan Muse yang sedang bercuti selepas melahirkan anak kedua.

Sumber : mstar

Previous article“Apa jadi dengan ko ni” sekali penyanyi Aishah sound Azwan Ali,ada kaitan dengan Gegar Vaganza
Next article“Dia keliru tu” dikatakan perkahwinan tidak sah dengan Angeline Tan , sekali Sabri Yunus buka mulut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here