Home Petua Tips “Along, tolong jaga ma dan adik-adik yang lain sekiranya abah tidak kembali...

“Along, tolong jaga ma dan adik-adik yang lain sekiranya abah tidak kembali ke bot” Tekong Bot Kongsi Detik Cemas

244
0

KOTA BHARU – “Along, tolong jaga ma dan adik-adik yang lain sekiranya abah tidak kembali ke bot,” kata Hazahar Mat

Sanishah, 48, tekong bot kepada anak sulungnya, sebelum berenang lebih satu jam untuk meminta bantuan bot

berhampiran selepas bot yang dikemudinya terbalik dan karam di perairan Bachok, Isnin lalu.

Bapa kepada lima anak itu berkata, selepas meninggalkan pesanan kepada anaknya, Muhamad Ikhwan, 27, yang ikut serta, beliau berenang lebih sejam tanpa menghirau keselamatan diri untuk meminta bantuan bot berhampiran yang pemilik bot merupakan kenalannya, dikenali sebagai Pak Jim.

Tekong bot

“Disebabkan laut bergelora selain keadaan sangat gelap menyebabkan Pak Jim sukar untuk melihat saya berenang ke arahnya walaupun ketika itu saya menjerit meminta tolong.

“Selepas berenang pada jarak lebih empat batu nautika, menyebabkan tangan dan kaki saya hampir kejang selain timbul rasa putus asa, namun saya bersyukur dengan kuasa Allah, akhirnya Pak Jim mendengar jeritan saya dan mencampakkan tali untuk menarik saya naik ke atas bot,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menceritakan pengalaman ngeri bergadai nyawa demi menyelamatkan 19 pemancing lain, Hazahar berkata kejadian bot terbalik dan karam berkenaan merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang tempoh lebih 30 tahun beliau menjadi nelayan dan tekong bot.

Katanya, ketika kejadian sekitar 7.45 malam Isnin lalu, beliau seakan sudah dapat menduga akan berlaku ribut selepas melihat keadaan sekitar yang luar biasa.

“Ribut ini ‘mainan’ orang laut, lagipun saya juga telah mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di laut, jadi keadaan yang berlaku ketika itu saya sudah dapat duga berlaku ribut namun saya sama sekali tidak menyangka ribut yang berlaku adalah luar biasa dan tidak pernah berlaku selama ini.

“Bimbang dengan keadaan itu, saya meminta anak keempat saya Muhamad Iqram, 18, untuk mencampak sauh ke laut, namun belum sempat dia berbuat demikian tali sauh itu terputus disebabkan ribut kuat dalam tempoh 30 saat seolah-olah seperti bunyi kereta api api lalu dalam jarak yang dekat, datang secara tiba-tiba.

Ketika itu saya hanya mampu melaungkan Allahuakbar selain pada masa yang sama berusaha mengimbangi bot,” katanya.

Hazahar berkata, ribut yang seakan puting beliung itu atau dipanggil ‘kepala angin’ telah menyebabkan botnya terbalik dan sekali gus menyebabkan ada di antara mereka yang tercampak ke dalam laut.

“Keadaan ketika itu sangat cemas dan persekitaran sangat gelap dan saya memikirkan keadaan dua anak saya yang ikut serta, malah lagi panik apabila memikirkan Iqram tidak pandai berenang. Namun, syukurlah saya berjaya menemukan mereka.

“Ketika itu juga saya turut meminta mereka serta awak-awak dan pemancing lain untuk berpaut dan berpegang kepada objek-objek yang berada di sekeliling untuk bertahan agar tidak tenggelam sebelum saya meminta bantuan nelayan yang berada berdekatan dengan tempat kejadian.

“Walaupun menyesal tidak dapat menyelamatkan kesemua mangsa, namun saya bersyukur dan menarik nafas lega sekurang-kurangnya kesemua jasad lapan mngsa yang meninggl dapat ditemukan dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Terdahulu Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Othman Abdul Latiff menziarahi Hazahar dan Hasan Bakar di kediaman mereka di Kampung Kuala Besar, di sini, hari ini. Turut dihadiri, Pengarah LKIM Kelantan Mastam Nodo dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kelantan Ilias Hassan.

Dalam kejadian jam 8.30 malam Isnin lalu, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak untuk tujuan memancing dan menyandat sotong terbalik dipukul ribut menyebabkan sauhnya terputus, sebelum dibadai ombak besar dan karam.

Susulan kejadian itu, 12 individu berjaya menyelamatkan diri dan lapan individu ditemukan meninggl dunia iaitu Wan Aminuddin Wan Hussin, 63; Mohd Syafizam Daud, 43; Muhammad Zaki Muhamad Nordin, 32; Pok Ta berusia 50-an dan Shafiq Che Alim, 29, Harun Daud, 60; Che Wadi Bakar, 44, dan Arman Ismail, 43.

Sumber : Siakapkeli

Previous article‘Saya Tetap Pilih Fikry..’ – Siti Nordiana
Next article“Jaga Sikit Mulut ..Kau Tu” Diva AA Mengamuk Lagi Tunggu Makanan 1 Jam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here