Home Petua Tips Tindakan Israel c4bul undang-undang antarabangsa, Muhyiddin harap ser4ngan z4lim ke atas Palestin...

Tindakan Israel c4bul undang-undang antarabangsa, Muhyiddin harap ser4ngan z4lim ke atas Palestin dihentikan segera –

57
0

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan serangan rejim Israel ke atas Palestin sebagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan perlu dihentikan serta-merta.

Muhyiddin berkata demikian menerusi Perutusan Khas Isu Palestin yang disiarkan secara langsung pada Sabtu petang.

“Bumi mereka di Baitul Maqdis dan tebing barat terus dijajah untuk sekian lama dengan segala bentuk penindasan oleh rejim zionis Israel.

“Rakyat Palestin di Gaza pula terus diserang dengan ganas oleh rejim zionis Israel ketika umat Islam di sana sedang menunaikan ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri.

“Ini adalah tindakan yang amat tidak berperikemanusiaan. Bangunan-bangunan kediaman mereka dibom, ramai rakyat Palestin kehilangan nyawa dan cedera.

“Wanita dan kanak-kanak tidak terkecuali,” ujar Muhyiddin.

Menurut Muhyiddin, tindakan kejam Israel seharusnya dikecam sekeras-kerasnya oleh seluruh masyarakat dunia.

Malah, tindakan itu disifatkan mencabuli undang-undang antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga meluahkan rasa kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa menghentikan keganasan rejim Israel.

“Sehingga kini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi terkini di Palestin lantaran bangkangan daripada Amerika Syarikat,” ujarnya lagi.

Dalam perutusan sama, Muhyiddin berkata Malaysia, Indonesia dan Brunei akan mengeluarkan kenyataan bersama untuk mengutuk serangan zalim rejim Israel ke atas Palestin.

Selain Malaysia yang berterusan memberi sumbangan kepada Palestin, rakyat juga diseru untuk menyumbang kepada rakyat negara itu menerusi tabung-tabung sah yang diwujudkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articleGar4-gar4 alat senaman tak henti hayun, Haikal Farid alami kec4c4tan pada jari kelingking – “Berdarah sampai kena sembilan jahitan” –
Next article“Dah Berbulan Hil4ng,” Aliff Syukri Tak Sengaja Bagitahu Sajat Di Mana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here