Home Petua Tips “Terima Kasih Dr Noor Hisham Dan Petugas KKM,” Tun M Titip...

[Video] “Terima Kasih Dr Noor Hisham Dan Petugas KKM,” Tun M Titip Ucapan Buat ‘Frontliner’ Cov-l9

1770
0

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Selepas menzahirkan penghargaan beliau terhadap ‘wira berbaju putih dan biru’ dalam menghadapi wbak C0V-19, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula menerima pengiktirafan atas peranannya mengepalai usaha itu.

Penghargaan itu dizahirkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan penghormatan disampaikan beliau itu juga mewakili masyarakat umum dan isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi video berdurasi dua minit 20 saat disiarkan di laman Twitter beliau bersempena Hari Doktor Sedunia itu, Dr Mahathir yang kelihatan duduk di samping Dr Siti Hasmah berkata tugas mendepani wabak C0V-19 amatlah berb4haya dan berat, namun kesanggupan Dr Noor Hisham menerajui usaha itu benar-benar dihargai.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Doktor Noor Hisham Abdullah

“Sekarang ini kita diser4ng satu wbak d4hsyat iaitu C0V-19, wbak ini tidak pernah menyer4ng kita.

Dahulu, wbak-wbak yang lain tidaklah meluas seperti C0V-19 ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Dr Noor Hisham yang ternampak hampir tidak berhenti-henti menjalankan tugas siang dan malam untuk menentukan segala tindakan yang perlu diambil dapat dilaksanakan oleh pegawai-pegawainya,” katanya.

Dr Mahathir turut memanjangkan penghargaan itu kepada semua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu menerusi hantaran di laman Facebook, Dr Noor Hisham berkata setiap petugas kesihatan di sektor awam mahupun sektor swasta telah menunjukkan iltizam yang tinggi dan berusaha sebaik mungkin dalam usaha menangani C0V-19.

Menghargai segala pengorbanan dan penat lelah mereka, Dr Noor Hisham secara peribadi menzahirkan rasa bangga dan menyifatkan dedikasi serta keikhlasan yang ditunjukkan ‘wira berbaju putih dan biru’ dalam menghadapi pandemik luar biasa yang melanda dunia sejak awal tahun sememangnya amat menakjubkan.

Dr Noor Hisham, yang juga pakar bedah, diberi gelaran ‘wira negara’ oleh warga Malaysia di media sosial kerana komitmennya dalam menangani krisis wbak C0V-19, namun beliau berkata gelaran itu tidak penting bagi dirinya, sebaliknya keutamaan ialah memastikan perkhidmatan KKM yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

kredit : tubeviral

Sumber : Bernama

Previous articleBila Duit RM 250 Ribu Dikaitkan Dengan Wanita Misteri Akhirnya Syed Saddiq Bersuara Sesuatu
Next articleHampir sebulan lebih suami pergi tapi Bunga dah dpt pengganti. Tak sangka tukang tilik ini dapat rasakan yang Ariel mahukan Bunga sebagai teman hidupnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here