Home Petua Tips “Uqasha Bagus Tau, Dia Suka Supp0rt Peniaga Kecil” Peniaga 0nline Puji Sik4p...

“Uqasha Bagus Tau, Dia Suka Supp0rt Peniaga Kecil” Peniaga 0nline Puji Sik4p Uqasha Senrose

61
0

 

Bila seseorang itu ada nama dan glamor, sudah pasti akan dapat banyak sponsor dari mana-mana pihak. Kalau tak dapat sponsor pun, kebanyakan peniaga atas talian (online) akan bagi produk atau barang jualan mereka secara percuma kepada artis dan sebagai balasan, artis tersebut dikehendaki membuat “free review” tentang produk tersebut.

Ya, mungkin ada segelintir artis yang gemar cara ini namun sebaliknya, pelakon Uqasha Senrose sering kali menjadi bualan peniaga atas talian kerana sikapnya yang lebih gemar membeli barang yang diingini tanpa meminta secara percuma.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok tiga hari lalu oleh azza_artaza memaparkan sikap sebenar Uqasha ketika berurusan dengan peniaga untuk membeli telekung. Order je terus bayar kesemua barangan tersebut, tak minta percuma pun!

Sikap Uqasha yang gemar menyokong peniaga-peniaga kecil rupa-rupanya bukanlah satu perkara baru. Ini kerana ramai dikalangan netizen yang melihat video diatas turut berkongsi cerita yang sama mengenai tunangan pelakon, Kamal Adli itu.

Terbaiklah Uqasha, dah lah cantik, baik hati pula tu. Beruntung Kamal Adli bakal dapat isteri yang berhati mulia ini.

Kadang-kadang, kita nak bersedekah tak semestinya dengan bagi wang sahaja tapi dengan membeli barang jualan dan niat nak tolong majukan perniagaan orang lain pun dikira satu sedekah.

Bayangkan bertapa gembiranya peniaga bila ada order masuk. Ya lah meniaga ni ada turun naik, kadang berminggu-minggu pun belum ada order baru masuk. Tambahan pula bagi yang sudah berkeluarga, ada banyak “mulut” yang hendak disuap.

Jika dalam hidup kita sentiasa gembirakan hati orang pasti Allah akan gembirakan hati kita dengan pelbagai cara, tak percaya cuba la sendiri.

Semoga selebriti yang lain pun dapat mencontohi sikap terpuji Uqasha Senrose ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : cari

Previous article“Tak Pernah Post Pasal Cinta, Nak Kahwin Atau…” Perjuangan Heliza Helmi Jadi Buah Mulut Netizen
Next articleVideo kahwin Fazura & Fattah kembali tular, netizen bimbang ada pihak ‘koyak’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here