Home Petua Tips Fiza Halim tak mahu anak-anak ulang kesil4pannya, belum masa untuk bercinta…...

[VIDEO] Fiza Halim tak mahu anak-anak ulang kesil4pannya, belum masa untuk bercinta… Tiada kr1teria calon menantu

177
0

KECANTIKAN dua anak dara Fiza Halim mendapat perhatian apabila netizen mula mengusik mahu menjadi menantu pelakon tersebut.

Menganggap ia hanya sekadar gurauan, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 41, juga menegaskan belum tiba masanya untuk bercakap soal cinta memandangkan kedua-dua anak gadisnya masih berusia belasan tahun.

“Saya mahu mereka fokus kepada pelajaran dahulu dan menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Belum tiba masanya untuk fikir soal cinta.

“Kalau boleh saya tidak mahu mereka ulang kesil4pan yang pernah saya lakukan dahulu.

“Apabila bercakap soal cinta ini, semua ibu bapa semestinya akan bersik4p teg4s untuk kebaikan anak-anak mereka,” kata Fiza ketika dihubungi mStar.

fiza halim 2

Fiza mahu anak-anak fokus pelajaran dahulu.

Bagaimanapun, Fiza sedar suatu hari nanti kedua-dua anaknya iaitu Feera Aryanna, 14, dan Feeya Adyrra, 13, pasti akan bertemu pilihan hati mereka sendiri.

Sebagai ibu, Fiza berkata, dia tidak meletakkan sebarang kriteria lelaki yang boleh mendekati anaknya, namun menjadi tanggungjawab buatnya untuk sentiasa mem4ntau perg4ulan mereka.

“Apabila mereka dewasa nanti, mereka akan ada kel0mpok rakan-rakan tersendiri dan mencari pilihan hati yang serasi dengan mereka.

“Saya tidaklah menetapkan sebarang syarat untuk mendekati anak saya, cuma sebagai ibu saya harus pantau perg4ulan anak supaya mereka berkawan dengan orang-orang yang baik,” ujarnya.

Kalau boleh saya tidak mahu mereka ulang kesil4pan yang pernah saya lakukan dahulu

FIZA HALIM

PELAKON

Feera dan Feeya merupakan anak hasil perkahwinan pertama Fiza dengan bek4s suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin.

Fiza dan Farriq bercerai pada November 2010 selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.

Kemudian bekas anggota kumpulan Elite ini berkahwin pula dengan penyanyi Adam pada September 2013 namun hubungan mereka juga tidak kekal lama.

Selepas itu, dia kembali berkahwin dengan seorang duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Siti Aleena.

Fiza dan Aizat bercerai pada Julai 2019.

Sementara itu bercakap tentang perjalanan kerjaya, kata Fiza jadual hariannya sangat padat sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

“Bukan hanya sibuk dengan penggambaran drama, saya juga terlibat dalam perniagaan hartanah selain membuat review dan menjual produk makanan Batang Buruk Asli.

“Jadual saya memang padat sehingga tak sempat hendak berehat panjang. Rumah pun dah jadi macam hotel yang hanya singgah sekejap untuk tidur dan m4ndi,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ™️ (@fizahalimofficial)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mstar

Previous articlePemuda tanam sayur organik atas bumbung mall, pelanggan boleh pilih dan petik sendiri… Ikan talapia merah pun ada!
Next articleSeronok sambut Ramadan pertama sebagai suami, Haqiem Rusli masuk dapur memasak dengan isteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here