Home Petua Tips Gelagat Shariq Gabriel ‘g1git’ Chacha Maembong buat ramai terhibur

[VIDEO] Gelagat Shariq Gabriel ‘g1git’ Chacha Maembong buat ramai terhibur

69
0

Sedia tahu bahawa pelakon jelita, Emma Maembong telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Shariq Gabriel pada November dua tahun lalu.

Malah, putera Emma Maembong dan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar juga berkongsikan telatah comel anaknya ini kepada umum menerusi ruangan Instagram Shariq Gabriel sendiri yang telah diikuti lebih 135 ribu pengikut.

Baru-baru ini, Shariq Gabriel sekali lagi menjadi bualan netizen. Menerusi video yang dimuat naik di laman Tiktok jimbo_555, kelihatan kanak-kanak tersebut sedang beraya bersama ibu dan ibu saudaranya iaitu Chacha Maembong.

Apa yang mencvri perhatian ialah momen Shariq Gabriel menggigit tangan Chacha Maembong ketika pelakon itu mengulurkan tangan untuk bersalaman dengan kakaknya, Emma Maembong .

Selama beberapa saat, pelakon berkenaan masih tidak perasan dengan perbuatan nakal Shariq. Apabila menyedari adiknya sedang ‘dikokak’, dia terus menenangkan keadaan dengan memegang lembut kepal si kecil itu. Namun paling melucukan, mulut anak Emma terus menganga dan seolah-olah mahu memberikan gigitan kali kedua.

Video: 

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 3.6 juta tontonan, 326.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Shariq Gabriel.

Komen netizen:

Sumber: tiktok jimbo_555

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : sv

Previous articlePeminat Nak Serbu Rumah Untuk Beraya? Mk K Clique ‘Jangan Risau Saya Tak Akan Halau’
Next articleBaru berusia 14 tahun, anak kelahiran Selangor berjaya tawan ABC… ada misi lebih besar!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here