[VIDEO] Ramai terh4ru bila lelaki ini sanggup selotep satu badan untuk angkut kereta mainan naik motor

Tidak dinafikan pengorbanan seorang bapa itu adalah tidak ternilai kerana mereka tidak pernah mengungkapkan pengorbanan kepada anak-anaknya. Sebab itulah seorang bapa kadangkala disalah ertikan sebagai garang dan tidak mesra.

Namun, seorang bapa itu tetap menyayangi anak-anaknya dan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan semua benda yang terbaik,  walaupun mereka jarang meluangkan waktu bersama.

Berdasarkan satu video tular yang dimuat naik di Tiktok oleh mismar25, kelihatan seorang lelaki sedang memikul sebuah kenderaan elektrik bersaiz besar di atas motosikal miliknya.

Tidak pasti apa tujuannya, namun yang pasti ia semata-mata ingin mengembirakan si kecil di rumah.

Apa yang mencvri perhatian, lelaki tersebut sanggup membalut badan dan kereta mainan yang baru dibeli dengan pita pelekat bagi membolehkan dirinya membawa permainan itu menggunakan motosikal.

Video:

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 724.5k tontonan, 62.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mendoakan agar urusan lelaki itu dipermudahkan dan suatu saat nanti anaknya akan membalas segala jasa serta pengorbanan cukup besar seorang ayah dalam membahagiakan keluarga.

Komen netizen:

Sumber: tiktok mismar25

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :www.sinarviral.kini.blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*