Home Petua Tips “Sedih bakal menantu tak jadi” – Wanita Hadir Wedding Ex Anak...

[VIDEO] “Sedih bakal menantu tak jadi” – Wanita Hadir Wedding Ex Anak Dipuji Ramai

80
0

Apabila kita dah menjalinkan hubungan dengan seseorang, pastinya kita akan diperkenalkan dengan keluarga dan biasanya akan jadi rapat sampaikan ada ibu yang akan sayang ‘bakal menantu’ lebih daripada anak sendiri.

Tapi tak semua hubungan mampu ke sampai ke bahtera perkahwinan, bila hubungan dah putus bukan sahaja ia memberi kesan kepada pasangan, kadang-kadang keluarga juga turut terkesan seperti mana yang dirasai oleh wanita yang dikenali sebagai Shima ini.

“Sedih, bakal menantu tak jadi.”

Menerusi perkongsiannya, Shima ada muat naik satu video dia menghadiri ke sebuah majlis kahwin dan majlis itu adalah majlis perkahwinan bekas kekasih anaknya.

Dalam video berdurasi 11 saat itu, dilihat Shima memeluk pengantin wanita sebelum berlalu pergi dan dilihat Shima tidak mampu menahan sebak.

Screenshot 2022 03 07 125116

Screenshot 2022 03 07 125134

Menurut Shima lagi, pengantin tersebut telah menjalinkan hubungan cinta dengan anaknya selama 5 tahun, tapi tiada jodoh sebab Shima sendiri akui bahawa ia kesilapan anaknya sendiri. Shima turut mendoakan agar pasangan pengantin bahagia ke Jannah.

“Sedih bakal menantu tak jadi. 5 tahun berkawan dengan anak. Tapi anak buat hal. Semoga kekal bahagia hingga kejannah. Aamiin. tak de jodoh.”

Video

Dalam masa 13 jam ia dimuat naik, video ini telah meraih lebih daripada 1.3 juta tontonan dan rata-rata netizen memberikan sokongan moral buat Shima agar tabah, malah ramai juga memuji Shima kerana akui kesilapan daripada anaknya dan sanggup bersua dengan ‘bakal menantu tak jadi’ itu sebab dah terlalu sayang.

Kata Shima, ‘bekas bakal menantu’ itu orangnya lemah lembut dan sentiasa ada di sisinya walaupun susah senang.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang menceritakan pengalaman lebih kurang sama, ada yang sampai jadi anak angkat dengan ibu bekas kekasih walaupun tiada jodoh dengan anaknya.

Jarang-jarang jumpa mak menyalahkan anak sendiri walau tau salah anak dia – Netizen

Screenshot 2022 03 07 124739

Screenshot 2022 03 07 124757

Screenshot 2022 03 07 124814

Mungkin itu sahaja langkah seseorang itu untuk cari kebahagiaan diri, keluarga memang baik tapi kita yang nak hidup dengan pasangan, kalau keluarga mereka sayang tapi dalam rumahtangga kita tak bahagia pun tak boleh juga kan? 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.malaysiatime.me/

Previous article“Kunfaya Kun, Apabila Allah Izinkan…,” – Marsha Milan Syukur Nikmat, Stacy & Akim Terh4ru Bangga
Next articleImpian musn4h… g4dis pergi selamanya 2 bulan selepas kem4tian kekasih, lebih tr4gis keduanya dijemput ilahi ak1bat kemal4ngan jalan raya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here