Home Petua Tips Wanita cem4s terbuang dompet barang kemas, mujur pekerja MBSP sanggup korek timbunan...

Wanita cem4s terbuang dompet barang kemas, mujur pekerja MBSP sanggup korek timbunan sampah cari sampai jumpa

55
0

“ALHAMDULILLAH, terima kasih Ya Allah… semua yang terjadi atas izin dari-Mu dan Allah hantar orang lain asbab untuk jumpa kembali.”

Demikian tulis seorang wanita yang melu4hkan rasa syukur selepas barang kemasnya ditemui kembali, semuanya hasil pertolongan daripada pekerja pembersihan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Menurut coretan wanita itu yang dikongsikan di laman Facebook Penangkini, dia tanpa sengaja terbuang beg kecil berisi barang kemas ke dalam tong sampah pada pagi Ahad.

“Ceritanya, Yaya terbuang emas dalam tong sampah. Selepas itu beritahu abang untuk pergi tong sampah depan balai. Tengok-tengok dah tak ada sebab lori sampah dah ambil.

“Tetap juga korek sampah, mana tahu terjumpa. Tapi gelabah dan minta tolong abang cari kot-kot terjumpa lori MBSP sebab mereka dah kutip sampah dalam pvkul7.45 pagi. Masa tersedar tu pvkul9 lebih.

“Dalam hati ni nak kata reda dan tak reda sama banyak. Terus terdetik… Allahu apalah salah diri ni Allah uji sampai macam tu sekali.

“Sebab emas ni waktu-waktu terdesak memang sangat-sangat perlu. Air m4ta ni memang tak keluar sebab otak jadi blur. Perasaan sedih dan macam-macam,” tulisnya.

Dipendekkan cerita, abang wanita itu bergegas menjejaki lori kompaktor sehingga berjaya menemuinya dan menceritakan apa yang berlaku kepada pekerja-pekerja berkenaan.

Simpati dengan wanita tersebut, pekerja-pekerja MBSP berkenaan membantunya mencari dompet kecil berisi barang kemas di depo sampah di Tasek Gelugor.


Berkat kesungguhan dan keikhlasan pekerja-pekerja berkenaan yang sanggup menyelongkar timbunan sampah, dompet kecil bilik wanita berkenaan akhirnya ditemui.

“Dalam pvkul1.30 tengah hari, abang video call dan tunjuk emas tu dengan pekerja-pekerja MBSP. Apa lagi masa ni barulah men4ngis sungguh-sungguh tak tahu nak beritahu perasaan tu macam mana.

“Allahu betullah mereka pun kata ada rezeki tak ke mana, kami usaha tolong cari saja dan semua izin Allah permudahkan urusan mencari pun tak lama mana.

“Terus beritahu nak akaun untuk transfer juga dekat pegawai in-charge wakil semua yang tolong cari sebab Yaya dah niat.

komen

Antara komen netizen yang memuji sikap pekerja-pekerja MBSP.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pekera MBSP dan semua yang bertugas di Seberang Perai Utara, in-charge yang berusaha, korbankan masa dan tenaga.

“Semoga Allah murahkan rezeki kalian dan dipermudahkan urusan dunia akhirat serta dalam lindungan Allah,” tulisnya lagi.

Perkongsian yang memaparkan gambar pekerja MBSP atau ‘wira oren’ bertungkus lumus mencari barang milik wanita tersebut menjadi tular di media sosial.

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya memuji sikap ikhlas dan tanggungjawab pekerja-pekerja berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleTambahan RM500 Diberikan Untuk Bantuan Keluarga Malaysia, Berikut Senarai Penerima Yang Layak
Next articleHasil dari buat video tiktok bersama? Akhirnya Hayla dapat berlakon filem dengan bapa sendiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here