Home Petua Tips Wanita p4nik anak ‘ngap’ strawberi pelanggan hil4ng sep4ruh, “Dah sampai depan rumah...

Wanita p4nik anak ‘ngap’ strawberi pelanggan hil4ng sep4ruh, “Dah sampai depan rumah pelanggan!!”

53
0

MEMASTIKAN barangan yang dijual tiba dengan selamat di tangan pelanggan adalah antara perkara yang sentiasa dititikberatkan oleh mana-mana penjual, apatah lagi sekiranya barangan itu adalah hadiah pemberian orang lain.

Justeru, bayangkan perasaan seorang wanita yang sudah tiba di rumah penerima, tetapi buah strawberi yang diletakkan dalam gubahan tangan yang dibuatnya tiba-tiba ada bekas gigitan dan tinggal separuh sahaja.

“Masa tu memang cuak habis, rasa pucat muka,” ujar Aisyah Abd Ghani, 27.

Bercakap kepada mStar, pengusaha surprise delivery yang mesra dipanggil Aisy itu berkata, walaupun bertiga dalam kereta ketika membuat penghantaran iaitu dia dan dua lagi anaknya, dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengenal pasti ‘suspek’ yang mencuri makan strawberi tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sebelum saya sedar strawberi tu kena makan, saya ada dengar dia cakap “mmmm dap mi dap (sedap mummy sedap) tapi saya tak sangka dia cakap sedap sebab dia tengah makan buah tu,” katanya, menceritakan mengenai telatah anak bongsunya Mukhsin Hasrul Nizam.

Malah dia juga mempunyai bukti yang kukuh kerana hidung dan bibir kanak-kanak yang berusia dua tahun tujuh bulan itu juga masih merah dengan kesan strawberi yang dimakannya.

Mukhsin ‘mencuri’ makan buah strawberi yang diletakkan pada hand bouquet yang ingin dihantar ibunya kepada orang lain.

Menurut Aisy, sebelum kejadian, anaknya itu ada mengusik hand bouquet tersebut, tetapi dia membatalkan niatnya apabila ditegur.

Namun Mukhsin ternyata gagal mengawal diri dan cuba merasa buah yang masih baru buat dirinya itu.

“Masa tu saya memang dah parking betul-betul depan rumah customer, masa tengah bersedia nak kejutkan customer saya tengok buah strawberi tu dah terusik, dia dah makan separuh.

“Saya memang tak perasan sebab saya fokus bawa kereta, tapi nasib baik penerima tak marah, saya minta maaf dan dia pun okay, siap bergurau lagi, yang order pun Alhamdullilah mereka happy dapat surprise ayah mereka.

“Saya beritahu pasal buah tu dan minta maaf dia cakap tak kisah dan halalkan,” katanya, yang menetap di Kampung Parit Kaseh Senggarang, Johor.

Aisy sering membuat surprise delivery bersama dua anaknya, Mukhsin (tengah) dan Mukhlis.

Jelasnya, anaknya itu sekadar tersengih apabila ditegur, malah sempat lagi cuba untuk ‘sabotaj’ strawberi yang lain.

“Ni sebenarnya kali kedua saya buat bouquet strawberi, jadi dia belum biasa makan sebab tu dia beria usik.

“Biasa dia akan petik buah anggur pada bouquet tu,” katanya.

Menurut Aisy dia baru sahaja memulakan perniagaan surprise delivery di kawasan Senggarang dan Batu Pahat, Johor, pada awal tahun 2021.

“Sebelum ni saya tak pernah kerja, saya belajar di Universiti Sains Malaysia, baru je habis degree tahun 2020, saya terpaksa extend sebab lepas bersalin Mukhsin saya disahkan mengidap Pubic symphysisi diastasis yang menyebabkan saya tak boleh berjalan.

“Lepas menjalani fisioterapi dalam lima enam bulan macam tu baru saya boleh jalan macam biasa, jadi saya sambung belajar balik, InsyaAllah bulan 12 ni saya akan konvo,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous articleAkhirnya Nora Ariffin S4h Bergel4r Isteri Kepada Sahabat Baik Arw4h Johan
Next articleRezeki tersekat ketika PKP, peniaga pasar malam, pengusaha teh dan rempah ini dah mampu tersenyum… mujur ada NCER!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here