Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri sambut dua cucunda

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menimang dua cucunda baru-baru ini.

Istana Negara dalam satu hantaran di dalam Facebook rasmi berkata, kelahiran dua cucunda lelaki dan perempuan itu masing-masing lahir pada Isnin dan Rabu lalu.

“Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Tengku Abu Bakar Ahmad pula pada 2 Februari.

“Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.

“Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua Tengku Abu Bakar Ahmad dan Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah,” katanya menerusi hantaran itu hari ini.


Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata menzahirkan ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka berdua dengan kurniaan dua cucunda terbabit.

Komen netizen:

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*