Home Petua Tips “YB Tapi Sanggup Tanggalkan Jaket,” Gaya Syed Saddiq Lindungi Anak Kecil Ini...

“YB Tapi Sanggup Tanggalkan Jaket,” Gaya Syed Saddiq Lindungi Anak Kecil Ini Seperti Hero K-Drama

78
0

Siapa sangka hero-hero Korea yang sering menjadi pujaan ramai selama ini yang sekadar ditonton di kaca televisyen akhirnya dikatakan ‘muncul’ di depan mata rakyat Malaysia.

Memiliki rupa paras yang kacak, siapa tidak kenal dengan personaliti ahli parlimen, Syed Saddiq yang dikatakan prihatin akan isu-isu berkaitan anak-anak muda.

Memuat naik beberapa gambar di laman Twitter, Syed Saddiq berkongsi kegiatan bantuan yang disalurkan hasil kutipan umum buat seorang kanak-kanak yang dilaporkan hanya tinggal bersama nenek selepas ibunya dipenjarakan kerana dadah manakala, ayahnya pula tidak dapat dikesan.

Susulan perkongsian berkenaan, gambar Syed Saddiq yang sedang memayungi kanak-kanak terbabit daripada hujan menggunakan jaketnya sendiri menjadi tular setelah dikatakan terlihat seperti hero-hero dalam drama Korea yang menjadi igauan buat seluruh peminat K-drama.

Tindakan Syed Saddiq melindungi anak kecil ini terlihat macho meskipun hanya daripada rintikan hujan namun seolah-olah kena pada gaya sasa dirinya yang terlihat sedang mengangkat basikal ketika ingin melintas jalan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan ahli parlimen muda ini kerana terlihat begitu penyayang dan prihatin akan isu semasa dalam kalangan masyarakat.

Umum mengetahui bahawa Syed Saddiq telah menceburi bidang politik di usia yang agak muda serta berperwatakan menarik, tidak hairanlah mengapa beliau mendapat banyak perhatian daripada golongan pemuda tempatan mahupun luar negara.

Sebelum ini, Syed Saddiq sudah berjaya meraih tumpuan  di media sosial luar negara khususnya dalam kalangan wanita-wanita dari Thailand dan Kemboja.

Beberapa netizen yang dipercayai berasal daripada negara lain juga turut menyatakan bahawa mereka amat tertarik akan wajah yang dimiliki oleh Syed Saddiq ini.

Kali ini Syed Saddiq disamakan dengan hero-hero K-drama, siapa agaknya ya wajah yang dikatakan persis seperti ahli parlimen muda ini?

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Twitter Syed Saddiq

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleIni Cerita Di Sebalik Wanita Kelantan Berlagak Mengaku Tak Suka Solat.
Next article[VIDEO] “Buat-Buat Tid0r Tak Nak Balik,” Gelagat Pes4kit Di MAEPS Ini R4ih Tumpuan Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here