Selepas hampir enam tahun menceburkan diri didalam industri seni tanah air, pelakon meningkat naik, Nellissa Nizam mengakui teruja selepas diberikan kepercayaan untuk membawakan watak sebagai heroin menerusi drama, Tarik Aku Ke Syurga.
Meski drama tersebut belum ditayangkan, namun, nama Nellissa sudah pun hangat diperkatakan gara-gara perkongsian babak-babak mesranya bersama hero yang juga merupakan aktor popular, Zul Arifin menerusi laman Instagram miliknya.
Bercakap kepada media, Nellissa memaklumkan segala adegan-adegan mesra tersebut hanyalah sekadar memenuhi tuntutan watak semata-mata.
Lantaran itu, Nellissa memberitahu, dia enggan terlalu mengambil kisah mengenai pandangan orang lain.
“Pada saya itu hanyalah sekadar hebahan bagu penonton tahu mengenai drama terbaru kami. Saya boleh katakan, drama ini sangat best dan berbeza dengan naskah-naskah lain.
“Ada juga yang dm tapi saya jenis yang tak baca pun komen-komen negatif ni. Jadi saya tak terkesan.
“Mereka juga tegur bila tengok posting-posting saya itu. Tapi apa yang ingin saya katakan di sini, segala babak mesra yang saya tunjukkan itu adalah ketika sesi pengambaran sahaja.
“Semua ketika tengah on set. Tiada pun adegan-adegan mesra itu dibuat ketika kami di luar. Dekat luar kami tidak berpegang-pegang pun. Semuanya adalah tuntutan kerja semata-mata,” katanya kepada MH.
Nellissa ditemui media di majlis tayangan perdana filem, The Disappearance Of Irdina Adhwa yang berlangsung di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, bintang berusia 24 tahun ini menyifatkan Zul sebagai seorang pelakon senior yang sangat baik dan banyak memberikan tunjuk ajar kepada dirinya.
“Di set, Zul seorang yang sangat pemurah. Suka belanja semua orang. Dia pun suka buat lawak dan semua orang sangat senang dengan dia.
“Dia adalah hero yang baik buat saya. Memandangkan saya pula merupakan pelakon baru. Sangat berbeza perasaannya bila sebelum ini hanya bawa watak sampingan tetapi kini jadi heroin.
“Saya memang ada rasa sedikit tertekan tapi dia banyak tolong saya. Saya tak berdebar dengan barisan pelakon tatapi saya risau nak pikul tanggungjawab sebagai heroin ini,” kongsinya lagi.
Ketika ramai yang cuba menjodohkan Nellissa dan Zul memandangkan kedua-dua mereka masih lagi belum berpunya, Nellissa mended4hkan dia enggan meletakkan sebarang harapan.
“Orang lain bebas untuk berkata apa sahaja. Saya langsung tidak mengharapkan apa-apapun. Kalau ada, adalah. Kalau tidak pun tak mengapa,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Nelissa berasa amat bersyukur selepas diberikan kepercayaan untuk melakonkan filem ‘thriller’ pertamanya.
Menerusi filem ini, Nellissa digandingkan dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Josiah Hogan, Syazuwan Hassan, Alicia Amin, Bulan Terry dan ramai lagi
The Disappearance Of Irdina Adhwa dijadualkan bakal ditayangkan bermula 24 Februari ini secara langganan menerusi saluran Astro First.
Kredit foto: Instagram Nellissa Nizam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/