Home Petua Tips 5 tahun kahwin, 5 kali gvgur dan wanita ini diuji lagi… kegvguran...

5 tahun kahwin, 5 kali gvgur dan wanita ini diuji lagi… kegvguran bayi kembar 6 bulan, kanser rahim buat pasangan ini bawa diri balik kampung

61
0

LIMA kali kegvguran sejak bernikah pada 2016, menyebabkan doktor memulakan raw4tan susulan untuk mengetahui punca wanita ini berdepan situasi sedemikian.

Ini antara dugaan berat yang terpaksa ditempuhi seorang wanita yang sehingga ke hari ni masih mengimpikan kehadiran insan yang bergelar “anak”.

Berkongsi kisah hidupnya dengan mStar seorang wanita Farah Zira Bakar, 28 berkata, usia kandungannya pernah mencecah sehingga enam bulan sebelum bayi kembarnya itu kegvguran.

“Saya mendirikan rumah tangga pada 2016 dan setahun kemudian hamil sampai tiga bulan kemudian gvgur, 2018 benda sama berlaku, dua bulan sahaja, doktor tak cakap apa-apa lagi masa tu semua okay, mungkin belum rezeki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Tahun 2019 sekali lagi saya hamil sampai tiga bulan juga, 2020 kembar sampai umur enam bulan 15 hari dan terbaru tahun ni, dah empat bulan 11 hari.

“Disebabkan selalu sangat gugur doktor buat rawatan susulan, dan masa tu saya sakit sangat dada dah tak tahan bila periksa masa tu dapat tahu saya ada ketumbuhan pada kedua-dua belah payu dara,” katanya yang berasal dari Sandakan, Sabah.

Farah dan suaminya mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.

Menurut Farah, selain ketumbuhan pada payu dara, dia juga disahkan mempunyai ketumbuhan pada ov4ri.

“Beberapa minggu lepas saya jumpa doktor p4kar dan mereka svspek saya ada k4nser rahim.

“Masa tu terus rasa down, rasa macam mati je la senang.. Tapi bila fikir balik Allah tu ada, mana mungkin dia bagi dugaan di luar kemampuan kita,” katanya yang bakal menjalani pemeriksaan susulan pada 13 Disember ini.

Farah (depan) dan adiknya.

Menurut Farah, walaupun disuruh rehat dan berpantang dirumah selepas mengalami kegvguran pada bulan September lalu, dia memilih untuk tetap bekerja.

“Kalau sendirian di rumah saya rasa macam nak buat benda tak elok. Macam-macam vibe negatif datang,” katanya yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran.

Gambar bayi dalam kandungan Farah sewaktu dia hamil pada tahun 2021.

Farah yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur berkata, suaminya turut tidak dapat mengawal perasaannya apabila diberitahu mengenai kondisi isterinya itu.

“Dia menangis.. Dia menangis macam budak kecil, terkejut.

“Kami niat nak balik Sabah 23 Disember ini nak bercuti kemudian balik semula 3 Januari tapi sebab dia tahu akak sakit dia ambil keputusan balik Sabah terus.

“Saya buat keputusan untuk jalani pembedahan di Sabah sebab sekurang-kurangnya keluarga saya di sana, walaupun mak ayah dah tak ada, adik beradik semua ada,” katanya yang turut mengidap peny4kit kenc1ng manis.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleBerlari-lari keriangan bawa beg hijau, penantian 3 tahun berbaloi… Abang posmen tak tunggu lama tawar servis rider Grabfood, bersemangat betul!
Next article[Video] Eh Eh Macam Orang Legend.. Terjumpa dgn Pok Ya Cong Codei Di Kaunter Tiket Bas Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here