Home Petua Tips Ebit Lew Beri Sumbangan RM200 Ribu Pd 400 Orang Shj.Tapi dia beritahu...

Ebit Lew Beri Sumbangan RM200 Ribu Pd 400 Orang Shj.Tapi dia beritahu Siapa Yg Akn Dapat

171
0

Terdahulu Ustaz Ebit Lew menerima sumbangan RM 200K dari TMJ dan digunakan untul membeli tablet dan diberikan pada pelajar yang memerlukan dalam pembelajaran mereka.

Dalam ciapan terkini Ustaz Ebit Lew akan memberi sumbangan sebanyak RM 200,00 dan akan diagihkan pada 400 orang.

Beri Angpau pada Tahun Baru Cina

Memeluk agama Islam dan bergelar mualaf bukanlah alasan untuk memutuskan tali silaturahim dengan ahli keluarga yang berlainan agama.

Itulah mesej yang diterjemahkan oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ebit Lew, yang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarganya.

Menerusi status berserta video dan beberapa foto yang dikongsikan di media sosialnya, Ebit Lew akui beliau amat merindui keluarganya.

” Setahun sekali baru dapat bertemu. Ini dah setahun kita tak berjumpa.

” Ramai tahun ni tak dapat bertemu. Semoga tahun depan COVlD-19 sudah tiada, kita semua dapat bertemu semuanya.

” Bahagia dan kekayaan ialah dapat bersama keluarga yang kita cintai dan sayangi. Bahagia sangat rasa,” katanya.

Dalam video dan foto yang dikongsikan, Ebit Lew dilihat memberi ‘ang pow’ kepada individu-individu yang difahamkan adalah anak saudaranya.

Malah, para netizen turut menzahirkan rasa gembira dan hiba melihat perkongsiannya itu.

Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru, Ebit Lew sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memaklumkan beliau mahu memberi sumbangan bernilai RM200,000.

Menurutnya, sumbangan tersebut akan diberikan kepada guru-guru mengajar di rumah ibadat seperti masjid, kuil, tokong dan gereja yang hilang pendapatan.

Ebit Lew melalui satu hantaran di Facebook dan Instagram petang semalam berkata, hadiah itu akan diagihkan kepada 400 orang penerima dengan seorang akan mendapat RM500.

” Doakan ya. Saya nak bagi hadiah Rm 200,000 untuk 400 orang dengan seorang mendapat rm500.

” Hadiah untuk guru yang mengajar di masjid dan surau yang hilang pendapatan. Begitu juga yang berkhidmat di kuil, tokong dan gereja.

” Boleh hubungi atau WhatsApp 01170315822. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

 

 

Terdahulu, pada 8 Februari lalu, Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 membeli sebanyak 500 unit gajet.

Beliau berkata, kesemua gajet berkenaan akan diagihkan kepada pelajar memerlukan bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

” Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online.

” Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya dalam hantaran terbaharu menerusi Facebook.

Sebelum itu Tunku Ismail berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan peribadi RM200,000 kepada pendakwah popular itu di Istana Bukit Pelangi di sini.

Dalam pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara termasuk Johor.

Menurut Tunku Ismail, Ebit sering menolong rakyat, terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan dan melakukan usaha-usaha kebajikan.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sumber:k0smo dan IG Ebit Lew

Previous articleKena Tegur Gara-Gara Ucapan Valentines Day Buat Isteri, Sekali Ini Respon Edika Yusof
Next article‘Kalau Dah Cer4i Kena Mvsuh Ke? Semoga Dia Bahagia Dgn Girlfriend Lama dia Sekarang’ – Zarina Anjoulie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here