Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan viralnya, Abang Viva terkejut selepas mendapat tahu ada pihak yang cuba meminta duit dan mengumpul dana di atas namanya.
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu m4ngsa banjir, Azwan, 29, juga menolak d4kwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.
“Tak ada. Tak pernah. Sejak hari pertama saya membantu m4ngsa banjir sehingga menjadi viral secara tak sengaja, saya tak ada buat kumpul dana atau minta duit dari pihak media untuk sebarang temubual,” katanya kepada Gempak ketika ditemui hari ini.
Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka yang menjadi hero rakyat Malaysia kerana kemuliaan hatinya membantu m4ngsa bencana banjir di beberapa negara ini mengulas isu tersebut selepas ada seorang pengguna Twitter yang meminta bayaran daripada pihak media untuk menembualnya.
“Saya terkejut dengan berita ini. Saya bergerak secara solo, tak ada kawan yang uruskan atau jadi orang tengah atur ke minta duit dan sebagainya,” tambah Azwan kesal.
Azwan juga menegaskan dia tidak mahu ada pihak menghulurkan bantuan atau tert1pu dengan mana mana pihak yang menggunakan namanya atas kepentingan peribadi.
“Saya mohon hentikan perkara ini dan semua lebih berhati-hati. Saya tak mahu kepercayaan orang terhadap saya atau mana mana pihak yang dipertanggungjawabkan disalah erti,” jelasnya lagi.
Meski tidak pernah mengumpul dana atau meminta duit daripada orang ramai, Azwan mengaku tetap menerima banyak sumbangan daripada individu persendirian atau agensi bukan kerajaan yang terserempak dengannya sewaktu misi menyelamat dijalankan.
Bagaimanapun dia akan menolah secara baik kerana misi utamanya adalah menyelamatkan seberapa ramai m4ngsa. “Memang ada ramai orang bagi duit dan sumbangan.
Terus terang jika diberikan kepada saya, saya tak perlukannya. “Saya ada duit sendiri, Insya Allah cukup untuk misi saya.
“Tapi jika penyumbang amanahkan saya untuk berikan atau belikan barang keperluan m4ngsa banjir, saya cuba tunaikan. Sebab berat sebenarnya pegang amanah orang ni,” katanya tersenyum.
Terdahulu, Azwan menjadi tular di seluruh negara selepas hanya menggunakan kereta jenis Viva dan sebuah bot yang diikat di atas keretanya dari Melaka ke Shah Alam, Selangor berbekal RM50 untuk menyelamatkan m4ngsa banjir, minggu lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/