Abang ‘Viva’ Terima Anugerah NONA SUPERHERO. Awal Ashaari & Datuk Jamal Abdillah Antara Selebriti Yang Turut Tersenarai

Semalam telah berlangsung majlis gemilang Nona Superhero Award anjuran Majalah Nona dan Ideaktiv. Anugerah yang buat julung kali diadakan itu telah diadakan di One World Hotel, Petaling jaya dan suasana yang meriah namun mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Dalam barisan penerima anugerah pada malam itu, kemunculan Azwan Omar atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Abang Viva’ menjadi tumpuan. Dia yang dikenali ramai dek keberanian dan juga sikap suka membantu m4ngsa-m4ngsa banjir telah menerima Anugerah Nona Superhero yang disampaikan oleh Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Saat menerima anugerah tersebut, Azwan turut membawa ibunya ke atas pentas bagi mengambil trofi bersamanya. Menurut jejaka itu, anugerah tersebut didedikasikan untuk ibunya yang merupakan figura penting dalam kehidupannya.

Kisah Azwan Omar tular apabila dia datang ke lokasi banjir bagi membantu m4ngsa bersama kereta Viva, sebuah bot angin dan berbekal RM50 dipoket. Dari menghulurkan bantuan di Selangor dia menuju pula ke Pahang bagi menyumbangkan kudrat tulang empat keratnya dalam menyelamatkan m4ngsa banjir yang memerlukan bantuan.

Sumber gambar: ICITY Motorworld

Sebelum ini Azwan telah menerima sebuah motosikal jenis Yamaha XJ6S dan aksesori lain seperti topi keledar, beg galas dan juga jaket pemberian ICITY Motorworld Sdn Bhd.

Selain Azwan antara selebriti tempatan yang turut menerima anugerah pada malam itu adalah Awal Ashaari, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Seri Eizlan Yusof.

Datuk Jamal Abdillah

Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama Datin Nana Hassan
Datuk Seri Eizlan Yusof dan isteri.

Awal Ashaari dianugerahkan Nona Men’s Style Icon manakala Datuk Jamal Abdillah pula dianugerahkan Nona Men’s Legend. Datuk Seri Eizlan Yusof pula dinobat sebagai Nona Man Celebrity Achievement Award.

Sekadar informasi, Anugerah Nona Superhero merupakan kesinambungan Anugerah Nona Superwoman yang mana anugerah ini dikhaskan untuk memartabatkan figura-figura lelaki yang menyumbang nilai positiviti dalam bidang masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*