Home Petua Tips Ada Penambahan Kes Dan Satu Kem4tian,Seramai 16,000 Kena Perintah PKPD Di Pasar...

Ada Penambahan Kes Dan Satu Kem4tian,Seramai 16,000 Kena Perintah PKPD Di Pasar Borong KL

137
0

SERAMAI 16,000 penduduk membabitkan enam blok di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan menjalani ujian saringan Covid-19 susulan terdapat penambahan kes dan mencatatkan satu kes kem4tian.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, ini cabaran baharu Jawatankuasa Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan kerana kawasan ini terdapat jumlah penduduk agak tinggi sekitar 15,000 ke 16,000 orang.

Menurutnya, ia meliputi enam blok iaitu blok A hingga F dan kawasan itu agak luas kerana ada aktiviti pasar borong yang menjadi nadi sebagai pusat penghantar sayur, ikan, buah dan seterusnya diborong untuk dibawa ke tempat lain ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hasil saringan ke atas 2,000 pekerja mendapati jumlah kes positif melebihi 20 kes dan ada satu kematian di mana ada yang terkena jngkitan tidak melaporkan diri dan lambat menerima rawatan.

“Kawasan ini juga lebih 90 peratus terdiri warga asing khusus dari Myanmar, etnik Rohingya dan pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya pada sidang media secara langsung di Facebooknya hari ini.

Annuar berkata, dijangkakan setiap hari seramai 1,500 ke 2,000 akan menjalani ujian saringan itu yang akan mengambil masa paling lama seminggu jika ada tanda positif dapat segera diasingkan.

“Selain itu, selepas 14 hari dikuarantin jika tidak ada jangkitan selepas itu barulah boleh dianggap mereka tidak membawa virus itu.

“Jawatankuasa Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan juga semalam membuat ketetapan mewujudkan sub Pusat Pengurusan Krisis (CMC) yang dijadikan Command Centre di pinggir kawasan dikenakan PKPD itu,” katanya.

Beliau berkata, enam stesen akan dipasang khemah membabitkan 500 petugas kesihatan yang akan menjalankan ujian di situ dengan penyediaan tandas dan bilik mandi bergerak.

“Manakala 500 petugas menggabungkan pelbagai agensi akan mengawal kawasan itu di sekatan jalan raya ditetapkan.
“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengenal pasti 70 masjid yang akan digunakan sebagai dapur masakan bagi menghantar bekalan makanan kepada petugas di Command Centre dan lain-lain yang memerlukan,” katanya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber ; hmetro

Previous articleTimbalan Menteri Kesihatan Did4kwa L4nggar PKP.”Jangan Kau Ingat Kau Menteri Kau Kebal” – Netizen
Next articleLelaki ini Tampil ‘Sound Keras’ Pengkritlk Ustaz Ebit Liew,Siapa Terasa Memang Pedas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here