Home Petua Tips Ada sebab murid ini tiada buku latihan, kisah anak penjual ulam bikin...

Ada sebab murid ini tiada buku latihan, kisah anak penjual ulam bikin ramai s4yu… tindakan guru selepas itu memang tak dijangka

95
0

BUKAN sekadar isu beg sekolah berat diberi perhatian, ‘isi’nya juga perlu diambil kira.

Dengan sesi persekolahan 2022/2023 yang telah bermula, pastinya buku teks dan buku latihan menjadi keperluan setiap pelajar.

Namun, bukan semua bernasib baik berpeluang untuk membawa buku latihan ke sekolah.

Perkara itu disedari oleh seorang guru dan ia membabitkan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah.

Menerusi satu perkongsian, guru berkenaan, Asraf Selajudin menerima maklumat mengenai seorang murid yang tidak mempunyai satu pun buku latihan.

“Pagi tadi aku dapat tahu ada seorang murid yang tak ada sebuah buku latihan pun.

“Bila aku tanya murid ini, ‘Ayah kerja apa?’ Dengan sayu dia menjawab, ‘Ayah dah men1ngg4l dvnia, cikgu. Saya tinggal dengan mak’,” tulisnya mengimbas kembali perbualan itu, di Facebook.


Lebih memilukan apabila ditanya dengan lebih mendalam, Asraf yang lebih dikenali sebagai Cikgu Asraf mendapati ibu kepada murid itu memperoleh pendapatan dengan hanya menjual ulam.

Situasi ekonomi keluarga itu menjawab persoalan mengenai punca murid berkenaan hadir ke sekolah tanpa membawa sebarang buku latihan.

“Ibunya mencari rezeki hanya dengan menjual ulam-ulaman. Bukan sengaja ibunya tak mahu beli buku latihan tetapi keadaannya buat masa sekarang tak begitu mengizinkan,” tambahnya.

Tanpa berlengah, Cikgu Asraf yang berasal dari Pulau Pinang itu bergegas membeli set lengkap buku latihan untuk murid berkenaan di koperasi sekolah.

“Ya, set lengkap. Lepas ini, tak perlu dah ibunya nak beli lagi,” katanya mengenai sumbangan itu sedikit-sebanyak dapat meringankan beb4n kewangan ibu tunggal itu.

cikgu asraf 4

Cikgu Asraf. foto FB Cikgu Asraf

Menurut Cikgu Asraf, dia menyerahkan set buku latihan tersebut kepada murid terbabit selepas tamat sesi persekolahan.

“Terima kasih cikgu,” demikian ucapan ringkas tetapi cukup bermakna yang dizahirkan oleh kanak-kanak itu dengan wajah yang penuh ceria.

“Aku doakan si anak kecil ini terus berjaya. Bila murid tak bawa buku latihan, tak boleh terus label sebagai murid yang malas atau bermasalah.

Bila murid tak bawa buku latihan, tak boleh terus label sebagai murid yang malas atau bermasalah. Kita kena tahu apa puncanya.

CIKGU ASRAF

“Kita kena tahu apa puncanya. Sebab setiap keluarga ada kisahnya tersendiri,” katanya yang juga dikenali dengan ‘Kelas Satu Minit’ di Facebook.

Rata-rata pengikut di ruangan komen memuji tindakan guru tersebut dalam membantu murid yang merupakan anak yatim itu bagi menaikkan semangatnya untuk terus belajar di sekolah.

komen cikgu asraf 3

Antara komen-komen memuji tindakan Cikgu Asraf.

Malah perkongsian Cikgu Asraf yang mempunyai kira-kira 43,000 pengikut di Facebook turut mengundang sebak ramai, termasuk mereka yang bergelar ibu tunggal.

“Alhamdulillah, terbaik cikgu. Inilah contoh terbaik cikgu yang berjiwa pendidik. Moga Allah selalu merahm4ti cikgu dan luaskan lagi rezeki cikgu. Amin.”

“Sedihnya. Walaupun anak-anak saya sama nasib dengan anak ini, tapi bersyukur masih Allah kurniakan rezeki mencukupi nak mencukupkan keperluan anak-anak sekolah. Kenangkan ada balu dan anak-anak yang lagi susah kat luar sana. Moga Allah luaskan rezeki dan mudahkan segala urusan cikgu sebab santuni dan bantu anak-anak yatim yang susah.”

“Alhamdulillah terbaik cikgu. Pernah rasa macam ni Saya juga seorang ibu tunggal. Moga adik ni terus berjaya dunia akhirat, jadi anak yang solehah. Moga Allah murahkan rezeki yang melimpah ruah untuk cikgu. Amin,” demikian antara komen-komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous article“Paling Dirisaukan Sekiranya Tak Siap Kalau Saya Pergi Dulu,” – Aeril & Wawa Syukur Lega, Niat Projek Bina Masjid Dah Boleh Diteruskan
Next articleMengaku dulu bukan baik sangat, Saharul Ridzwan tak nak ‘judge’ kesilapan orang lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here