Home Petua Tips Siasatan Conteng Mural “Kita Sudah Ada Petunjuk” – Timbalan Ketua Polis Negara

Siasatan Conteng Mural “Kita Sudah Ada Petunjuk” – Timbalan Ketua Polis Negara

177
0

KUALA LUMPUR – Siasatan kes menconteng mural yang memaparkan wajah pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Shah Alam dijangka siap tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis memerlukan sedikit masa lagi untuk menyeleraskan beberapa perkara tambahan dalam melengkapkan kertas siasatan tersebut.

“Perkembangan terkini siasatan conteng mural kita telah mendapat beberapa petunjuk mendorong kepada bukti dalam siasatan kes namun saya tak akan dedahkan di sini, Jabatan Siasatan sedang mengendalikannya” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas merasmikan Bangunan Baharu Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Turut dihadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenyah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

Ditanya sama ada identiti suspek sudah dikenalpasti polis, Mazlan Mansor berkata, identiti suspek telah dikenalpasti walaupun belum disahkan 100 peratus, namun risikan dan hasil maklumat siasatan boleh ditentukan polis.

“Saya tak boleh dedahkan butirannya dan mereka yang terlibat belum boleh ditentukan sehingga siasatan polis selesai.

“Selain itu berapa banyak keterangan individu dirakam juga tidak boleh kongsi kepada umum kerana terlalu teknikal malah saban hari keterangan individu akan bertambah dalam siasatan ini.

Rakaman Vide0 menunjukkan 2 orang wanita yang menconteng Mural tersebut

“Lagipun apa yang tersirat dalam siasatan kes ini akan disiasat lanjut dan sekiranya ada pendakwaan kita akan dedahkan ketika pertuduhan dibuat di mahkamah nanti,” tegasnya.

Mazlan turut mengesahkan setakat ini satu kertas siasatan dibuka dalam kes conteng mural walaupun beberapa laporan polis diterima pihaknya.

“Saya rasa ada beberapa laporan polis dibuat tapi ia tak relevan kerana apa yang penting ialah kertas siasatan yang telah dibuka.

“Berapa banyak laporan polis yang diterima pun ia bersangkut dengan satu kertas siasatan sahaja dan ia memadai untuk kita laksanakan siasatan,” ujarnya.

Sumber : mygazzette

Previous articleDS Najib Ada Harapan ‘Terlepas’ Daripada Hukum4n? Lihat Penjelasan Pakar Ini
Next articleWanita Dakwa Shuk Sahar Cur4ng, Pernah Paksa Gugurkan Anak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here