Home Petua Tips Agong sendiri redah bnjir, tinjau situasi di ibu kota

Agong sendiri redah bnjir, tinjau situasi di ibu kota

87
0

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau situasi banjir di sekitar ibu kota yang terjejas teruk susulan hujan berterusan sejak dua hari lalu.

Baginda berkenan turun kenderaan di susur jalan menghala ke World Trade Cenrte KL (WTCKL) dan berdiri di tengah hujan serta meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi banjir di sekitar kawasan tersebut.

Gambar ketika baginda melakukan tinjaun turut dikongsikan di media sosial Istana Negara.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda bercemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca,” menurut hantaran di laman Facebook Istana Negara pada lewat malam Sabtu.


Ketika ini kebanyakan laluan di ibu kota dan Selangor ditutup kepada pengguna jalan raya kerana dinaiki air.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan membabitkan 12 negeri, antaranya Perak, Pahang dan Selangor.

Setakat malam Sabtu, lebih 11,000 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous article[VIDEO]“Kereta Tkpe yang penting Makcik…” Suami isteri nekad bantu mak cik hamplr tenggelam
Next articleSiti Nurhaliza Turun Padang Urus Bantuan M4ngsa Banjir, Netizen Ucap Terima Kasih – “Apa Yang Boleh Saya & Suami Bantu, Kita Usahakan”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here