Home Petua Tips Terkini “Saya Berkahwin Bukan Untuk Bercer4i” Sharnaaz Ahmad

Terkini “Saya Berkahwin Bukan Untuk Bercer4i” Sharnaaz Ahmad

257
0

“SAYA kahwin bukan untuk bercer4i,” kata pelakon Sharnaaz Ahmad mengenai d4kwaan netizen mengatakan dia sengaja melengah-lengahkan proses percer4ian dan enggan melepaskan isterinya Noor Nabila Mohd Noor.

Sharnaaz ketika ditemui berkata, kalau betul hendak bercer4i, ia tidak akan keluar daripada mulutnya dan biar mahkamah menentukan semuanya.

“Orang tanya kenapa belum lepaskan dia? Adakah kerana masih sayang atau nak seksa dia? Ini bukan soal seksa, sayang atau tak ada usaha untuk berbaik. Itu semua sudah tidak penting.

“Ini soal yang satu iaitu kenapa kahwin? Kalau saya kahwin untuk bercer4i, saya tak kahwinlah. Buat apa saya kahwin kalau semata-mata nak dapatkan satu kurniaan Allah depan mata, kemudian seksa dia. Ia bukan begitu.

 

 

Sharnaaz dan anak nya Jebat Jayden

“Apa yang saya boleh cakap, apabila kahwin saya bukan nak bercer4i,” katanya.

Sharnaaz berkata, apabila diijabkabul ia bukan mengenai keseronokan, tetapi lebih kepada perasaan terharu kerana sudah diberi tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik isteri.

“Ketika akad nikah saya tidak begitu berdebar tapi sewaktu membaca lafaz taklik, saya mula rasa sedih kerana saya ingat dan faham setiap ayat itu. Saya fikir adalah kita mampu untuk jalankan? Itulah yang buatkan saya terfikir dan kini ia sudah sampai ke situ,” katanya.

Sharnaaz berkata, sepanjang berkahwin dengan Nabila yang juga kakak kepada pengacara popular, Neelofa, dia tidak pernah memukul atau menjerit kepadanya.

Katanya, isu rumah tangga mereka bukan disebabkan dia sudah melakukan kes4lahan besar.

“Saya hormat apa yang berlaku hari ini (percerai4n) bukan disebabkan saya. Mungkin ada kesalahan tapi ia hanyalah masalah kecil yang boleh dimaafkan.

“Biasalah, saya baru kali pertama menjadi bapa. Mungkin ada salah tapi saya perbaiki dan tidak mengulanginya lagi. Namun, jika kesal4han lama itu diungkit berkali-kali, itu tidak adil,” katanya.

Menurut Sharnaaz, anaknya, Jebat Jayden adalah sebab utama dia memilih untuk berdiam diri dan tidak membuka mulut mengenai punca masalah rumah tangga mereka.

“Kenapa selama ini saya diam? Semuanya kerana Jebat. Budak-budak zaman sekarang tak perlu tunggu lama. Apabila usia sudah meningkat tujuh tahun, mereka sudah mula pandai bermain telefon dan boleh tahu apa yang berlaku.

“Saya tak mahu dia nampak keburukan itu. Jika saya bercerita bvruk mengenai Nabila, impak itu kena pada Jebat.

Dia akan tahu apa yang berlaku. Buat apa saya bercerita mengenai kebvrukan rumah tangga sedangkan dia masih lagi isteri saya. Takkan saya nak cakap hal bvruk mengenai dia.

“Jika orang cakap buruk mengenai isteri saya, pasti saya akan m4rah. Sepatutnya hal rumah tangga kita kepada ibu bapa pun kita tak patut cerita demi menjaga aib masing-masing. Kalau apa yang diperkatakan itu betul, tak mengapalah juga,” katanya.

Sementara itu, Sharnaaz turut mengakui ada usaha untuk berbaik dengan Nabila sejak mereka bergaduh awal tahun lalu.
“Usaha untuk berbaik sangat subjektif. Apabila terjadi sebegini kita buat benda baik pun takkan nampak.

Sebenarnya usaha itu ada. Daripada pihak saya, begitu juga dengan dia. Masing-masing cuba betulkan perhubungan tapi entahlah.

“Kalau tiada usaha, macam mana saya boleh sambut Aidilfitri bersama tapi tiba-tiba dia failkan cer4i bulan Ogos. Keadaan yang sudah jadi baik bertukar sebaliknya dan saya sangat terkejut,” katanya.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.

Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nvsyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Bagi prosiding JKP, Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Sumber : hmetro

Previous article“Kerja Sampai Ke Pagi Bayar RM200 Je” Walau Sudah Juara Namun Ada Sesuatu Di Hati Man Raja Lawak
Next articleTetamu Pula Lebih Sudu Dari Kuah,Juru Gambar Pun Terkdu ” Tak Tau Nak Kata Apa”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here