Home Petua Tips “Kerja Sampai Ke Pagi Bayar RM200 Je” Walau Sudah Juara Namun Ada...

“Kerja Sampai Ke Pagi Bayar RM200 Je” Walau Sudah Juara Namun Ada Sesuatu Di Hati Man Raja Lawak

252
0

Mencipta nama menerusi program realiti, Raja Lawak Musim Ke-5, Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man mendedahkan pernah ‘dit1pu’ pihak produksi bagi menjayakan beberapa buah naskah yang dilakonkan.

Kongsinya menerusi Youtube Hashtag Malaysia, dia mengakui bahawa garisan dalam industri hiburan tidak seindah yang disangka kerana ada beberapa sisi hit4m yang pernah dilaluinya sepanjang tempoh sembilan tahun.

“Kadang-kadang dalam industri seni ini, kita tak boleh nak agak ketika kita berada di atas, dan apabila kita ‘turun’

“Sekurang-kurangnya saya sedar saya bukanlah jenis seorang yang b0ros dan saya seorang yang berjimat-cermat jika satu hari nanti saya ‘turun’ dari industri. Jadi, saya ada ‘back-up money’.

“Ramai orang mempersoalkan saya ke mana saya menghil4ng, sedangkan saya pernah berada diatas dan wajah saya banyak muncul dalam mana-mana drama atau telemovie.

Boleh dikatakan ketika itu merupakan zaman kegemilangan saya,” katanya.

 

Man  Juara Raja Lawak Musim Ke-5

 

Namun, beberapa tahun kemudian, namanya semakin pud4r dalam industri hiburan dan kelibatnya di kaca televisyen kurang menyerlah.

“Saya ada sahaja di belakang, cuma penampilan saya di depan lensa kamera kurang kerana ramai pelawak yang sedang meningkat naik dan makin maju kedepan,” akurnya yang pernah menerajui drama komedi, Man Pos Masuk Kampung.

Berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup sebagai anak seni, pelawak berusia 42 tahun ini akui bahawa ada beberapa pihak cuba mengambil kesempatan keatas dirinya.

“Bila kita dah tak ada ‘job’, kita nak kekalkan kehidupan untuk pelbagai jenis komitmen, saya terpaksa ambil juga.

“Ada juga job yang tak masuk akal harga bayarannya. Kerja sampai pagi hanya dibayar RM200, tapi saya ambil juga, daripada tak ada. Siapa lagi nak beri sedangkan saya pun dah tak ada kerja tetap. Inilah punca rezeki saya.

“Ada juga tanpa pengetahuan saya, mereka mengadakan set pengambaran di lokasi jauh dengan bayaran hanya RM500.

“Tapi saya tetap positif dan anggap itu sebagai pengalaman paling berharga,” jujur Man yang pernah menyertai kumpulan Puteh dalam MLM 2019, sekali gus dinobat sebagai juara.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : MH

Previous article“Saya Faham Dia Sudah Tawar Hati” Dan Sharnaaz akan umumkan sesuatu kelak demi anaknya
Next articleTerkini “Saya Berkahwin Bukan Untuk Bercer4i” Sharnaaz Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here