Bagi mereka yang mengikuti kisah m4ngsa keganas4n rumah tangga Jahidah Nordin, pasti mengetahui bahawa wanita itu sudah melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan bulan lalu.
Terbaharu, adik mangs4 Fauziah Nordin yang aktif mengemas kini perkembangan anak beranak tersebut melalui media sosial sekali lagi menjadi perhatian warganet di aplikasi TikTok.
Fauziah memuat naik satu video memaparkan bayi lelaki itu, J Eshan Nufail dikatakan meragam namun hilang tangisan selepas diletakkan di sisi ibu yang masih terlantar k0ma di atas katil.
Video:
Kena Bel4sah Dengan Suami
Menurut Fauziah, bayi mesra dipanggil Nufail itu terus lena apabila berada di sebelah ibunya yang sudah tidak sedarkan diri sejak tahun lalu akibat kecederaan parah selepas disy4ki dibelas4h oleh suami.
“Nufail meragam tadi. Bila letak tepi ibu, lena dia tidur. Rindu ibu rupanya. Nufail nak peluk ibu ye, ibu tak boleh lagi.
“Mummy (gelaran Fauziah) yang akan peluk Nufail selalu, pengganti ibu. Walaupun mummy bukan ibu kandung,” tulisnya dalam video berdurasi hampir seminit itu.
Selain video berkenaan, terdapat beberapa lagi posting mengundang rasa sebak warganet yang bersimpati dengan pender1taan dihadapi mangsa berusia 43 tahun itu.
Tambahnya, Junaidah sekarang masih terlantar, separuh k0ma dan seakan tahu bila diletakkan anaknya sebelahnya.
“kak sekarang separuh k0ma, masih terlantar,hanya mampu keluar air mata sesekali, bila letak Nufail kat tepi, mata dia redup sgt.. terima kasih doakn”.
Terdahulu, mangs4 yang ketika kejadian sedang hamil empat minggu dilaporkan cedera di kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan, manakala rahang, tulang belakang serta rusuk pula retak.
Difahamkan, suspek Rosmaini Abd Raof yang melakukan perbuatan k3jam itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin pada 4 Mei lalu sudah didakwa di Mahkam4h Sesyen di Johor Bahru, 17 Jun lalu.
Air mata mengalir setiap kali sentuh anak
Seremban: “Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” kata adik kepada Jahidah Nordin, wanita yang koma selepas dipukul suaminya dalam kejadian pada Mei tahun lalu.
Fauziah Nordin, 40, berkata keadaan Jahidah, 43, masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil serta masih belum melihat anaknya, Eshan Nufail yang dilahirkan pada 30 November lalu.
“Kakak masih tidak boleh bergerak dan bercakap dan hanya terlantar di katil, malah dia juga tidak dapat memberikan maklum balas apabila ditanya atau sebagainya.
“Namun terdapat tanda dia memahami percakapan atau pertanyaan kami berdasarkan bahasa tubuh apabila dia kerap mengalirkan air mata.
“Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” katanya di sini, hari ini.
Jahidah melahirkan anaknya di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban di sini, pada 30 November lalu melalui pembedahan.
Fauziah berkata, Eshan berada dalam keadaan sihat dengan diberikan susu formula, malah berat badannya juga bertambah.
“Melihat keadaan kakak, memang rasa sebak kerana keadaan ini sudah berlarutan lebih enam bulan, namun saya dan ahli keluarga lain akan terus menjaganya sehingga dia pulih
“Jahidah mengalami masalah di tekak yang mungkin menyebabkan dia sukar mengeluarkan suara namun keadaan itu dalam pemantauan pihak kesihatan,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini gaji Jahidah tidak dapat dikeluarkan daripada bank kerana dipercayai berkaitan dengan masalah di bank dan urusan mahkamah.
“Buat masa ini kami terpaksa bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB Bank Fauziah
JAHIDAH bersama anaknya masih dalam keadaan terlantar di katil. FOTO Ihsan Fauziah Nordin.
Harian Metro pada Mei lalu melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dilaporkan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/