Home Petua Tips ‘Ak1bat’ jadi diri sendiri, rakan-rakan kepada ‘wanita bersuara lelaki’ sering dianggap cur4ng...

‘Ak1bat’ jadi diri sendiri, rakan-rakan kepada ‘wanita bersuara lelaki’ sering dianggap cur4ng oleh pakwe masing-masing

85
0

GARA-GARA mempunyai suara yang garau dan lantang, wanita ini sering disalah sangka atau mengundang kekeliruan ramai mengenai identiti sebenar dirinya.

Hanya mahu dikenali sebagai Shaz, wanita ini mengakui sering berdepan dengan situasi di mana dia sering disalah anggap sebagai seorang lelaki.

“Saya dari dulu lagi orang dah tersalah teka sebagai seorang lelaki. Kadang-kadang bila angkat call sewaktu kerja sebagai pegawai khidmat pelanggan (CSR), orang ingat lelaki.

“Begitu juga kalau saya nak order makanan, sama ada di kedai atau melalui kaunter pandu lalu. Siap gelarkan saya ‘abang’. Memang dah biasa dipanggil abang sebab suara saya jenis kasar.

“Kebanyakannya yang salah anggap ni orang luar…. yang dah kenal saya, memang dah biasa dengan suara ini dan tak anggap apa-apa,” ujar wanita berusia 32 tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Insiden lucu berkenaan bukan sekadar berlaku ketika dia berada di luar, malah ada segelintir netizen yang secara terang-terangan bertanya kepadanya menerusi ruangan komen di aplikasi TikTok.

“Saya mula aktif di TikTok sebab ada buat bisnes baju bundle dengan kawan-kawan. Selain banyak buat video random di akaun TikTok sendiri, saya juga selalu buat TikTok live pada sebelah malam ketika berniaga.

“Bila berniaga, mestilah suara nak kena jelas dan lantang. Daripada situ, mereka dengar suara saya dan bertanya identiti saya sebab keliru kerana suara kasar macam lelaki.

“Disebabkan dapat banyak pertanyaan, saya akhirnya buat satu video di TikTok untuk menjelaskan kekeliruan mereka. Dalam video itu, saya cerita insiden kelakar di mana waktu sekolah asrama dulu, boyfriend kawan-kawan saya ingat mereka dekat asrama lelaki sebab dengar suara lelaki.

shaz 1

Perwatakan Shaz yang ‘happy go lucky’ sangat disenangi rakan-rakannya.

“Padahal itu suara saya. Sampai sekarang pun masih lagi berlaku insiden serupa di mana ada juga boyfriend kawan saya ingat dia cur4ng kerana dengar suara lelaki. Sampai kena perjelaskan supaya tak timbul salah faham,” ujarnya sambil ketawa.

Menurut Shaz yang juga seorang pembantu di sebuah klinik pergigian, suaranya sememangnya kasar dan lantang sejak di bangku sekolah.

“Kalau nak tahu, dalam keluarga saya tak ada yang suara halus. Walaupun kami lima beradik semuanya perempuan, semua suara lantang.

“Kami dibesarkan oleh ibu yang bekerja sebagai guru dan ayah seorang anggota bomba. Jadi memang tegas sikit. Ayah tak ada nak lembut-lembut didik kami.

Tak ada mas4lah pun… saya langsung tak ambil hati. Kita layan sajalah. Saya bukan jenis hati tisu atau suka sent4p.

SHAZ

“Cuma kalau dekat luar, adik-adik saya lebih ‘behave’ dan sopan… kalau dengan famili, memang lantang suara masing-masing. Saya saja yang maintain, dekat luar atau bersama keluarga… tetap besar suara. Tak ada nak cover-cover,” ujar anak sulung daripada lima adik beradik ini.

Sering menerima pertanyaan dan menjadi ‘m4ngsa’ salah faham, Shaz berkata dia langsung tidak berkecil hati.

“Tak ada masalah pun… saya langsung tak ambil hati. Kita layan sajalah. Saya bukan jenis hati tisu atau suka sent4p. Kalau sent4p tu, itu bukan sayalah,” ujarnya yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang.

Tidak menyangka videonya meraih sehingga melebihi 510,000 jumlah tontonan di TikTok, Shaz berkata dia terkejvt dengan impak selepas video tersebut menjadi viral.

shaz 2

Shaz (kanan) merupakan anak sulung daripada lima adik beradik.

“Selepas video tu viral, saya banyak dapat DM… kebanyakannya daripada netizen yang muda sebaya adik-adik saya. Mereka suarakan masalah dan beritahu ‘insecure’ dengan suara sendiri dan minta pandangan saya.

“Bagi saya, tak perlu wujud perasaan insecure ni. Budak-budak muda sekarang ni overthinking. Jangan fikir apa orang kata. Kita patut bangga dengan apa yang Allah bagi.

Followers dekat TikTok pun naik tiba-tiba. Bila saya buat live, ada yang komen nak jadikan saya idolalah, tanya dekat mana beli ‘confidence’ lah… macam-macam.

“Saya tak layak pun nak jadi idola siapa-siapa. Saya hanya jadi diri sendiri. Tapi kalau sedikit sebanyak dapat memberi aura positif kepada orang lain, saya okay saja,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articlePasangan Kembar Tunang Pada Tarikh Yang Sama, Sekali L4hirkan Anak Pun Pada TArikh Yang Sama!
Next articleAdam Corrie Lee Nasihat Sentiasalah Bersangka Baik – “Temui Jodoh Lewat Pada Usia 40 Tahun, Dapat Zvriat Selepas 10 Tahun,”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here