Home Petua Tips Allif Aziz Berhasrat Sambut Hari Lahir Di Makkah Termasuk menunaikan Umrah Bersama...

Allif Aziz Berhasrat Sambut Hari Lahir Di Makkah Termasuk menunaikan Umrah Bersama Keluarga

87
0

Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan berkongsi kegembiraan suaminya sejurus diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 8 (GV8) pada Ahad.

Kata Bella, nnelalui ranjau selanna 10 minggu bersama GV8, usaha dan pengorbanan mereka suanni isteri berbayar dengan kennenangan besar kali ini.

“Sebagai isteri saya bersyukur Alhanndulillah, inilah dikatakan rezeki anak-anak. Terkejut tapi pada masa sama gembira sebab selanna 10 minggu ini, kita stress dan semuanya terbayar. Tak terkata-kata.

“Aliff tak pernah cakap dia perlu menang. Saya bangga melihat Aliff seorang individu yang sangat positif. Dia selalu risaukan kawan-kawan dia… dia selalu tanya saya kalau ada kawan-kawan tengah sakit walau dah ready nak perform.

“Kita tak pernah jangka untuk menang, Aliff cuma nak buat yang terbaik sebab orang ramai tahu dia cuma boleh nyanyi lagu Sayang Sayang saja, padahal banyak lagi boleh explore.

“Keluarga Aliff pun sangat menyokong, ibu dan adik-beradiknya selalu berhubung beri semangat dan tak pernah beri tekanan untuk mesti menang. Kata mereka, menang atau kalah tak kisah mereka akan terus sokong dan doakan Aliff, kalau perform mesti ikhlas,” ujarnya kepada Gempak.

Bella segan dengan Aliff

Melalui pelbagai ranjau dan dugaan, rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa itu kata Bella atas usaha dan perubahan ikhlas Aliff sendiri.

“Ini membuka mata saya sebab saya nampak perubahan Aliff yang cukup ketara. Dia buat daripada hati dia. Bila dia pilih untuk belajar agama, saya tk larang tapi sebenarnya saya yang segan dengan Aliff.

“Sebab itu saya minta dia doakan saya juga, kadang-kadang kita tak sempurna tapi saya nampak Aliff dia cuba yang terbaik. Dia sedang perbetulkan diri dia. Saya pun nak kena perlahan-lahan berubah.

“Saya dah nampak dan rasa keikhlasan dia. Dia minta saya jangan buat IG stories kalau dia tengah solat, kalau make up check pun dia selalu datang lambat sebab dia solat. Walau orang selalu marah dia, tapi saya nampak situasi itu.

“Dia buat kebaikan, yang datang pun balk-balk. Rezeki dapat job dan kemenangan besar malam ini, semua datang daripada diri dia juga. Ini usaha Aliff dan doa dari ibu dia,” ujarnya.

Tutup mulut netlzen?

Dalam pada itu, tegas Bella kemenangan Aliff sebagai juara GV8 bukanlah untuk menutup mulut netizen sebaliknya is ganjaran daripada usaha suaminya sendiri.

“Bukan nak tutup mulut netizen, tapi dia suami saya apa yang orang cakap tak balk pasal dia saya pun terasa. Dia sangat positif. Dia yang tegur saya suruh berhenti, jangan layan netizen.

Kita tak suka orang cakap Aliff anak emas Astro, sebab kita tahu kita struggle kat sini.

Orang kata lagu Aliff senang, tapi pada Aliff tak, dia perlu menari sambil menyanyi, low note dia pun selalu kena tegur.

Ada orang tak tahu, misalnya minggu bahasa, kita fight untuk lagu Tagalog tapi tak dapat sebaliknya dapat lagu bahasa Melayu. Tapi kita tak tahu nak jelaskan macam mana.

“Aliff mrah saya, katanya berhenti daripada menjelaskan kepada mereka (netizen), kalau mereka tak suka, kita tak boleh paksa. Asalkan kita tahu niat kita. Tapi tak bermakna kemenangan ini nak tutup mulut netizen, rezeki hari ini Allah beri pada Aliff atas usaha dia.

Tunai umrah

Sementara itu, Bella memaklumkan bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada 9 Februari nanti.

“Kita dah ada tiket penerbangan, kalau ada rezeki dijemput mungkin kita akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari ini. Tapi sekarang menunggu lagi apa status.

“Plannya nak sambut birthday Aliff di sana (Makkah) pada 16 Februari nanti. Ini merupakan umrah pertama Aliff, begitu juga saya,” kata Bella yang akan turut membawa beberapa ahli keluarganya untuk menunaikan umrah.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/

Previous articleWanita ini nekad p0tong kaki selepas SPM, tak sangka dalam diam ada jejaka kagum dengan dirinya – “Allah atur elok jodoh saya”
Next articleDihent4m Netizen Kerana Ingin Berhenti Kerja, Akhirnya Abg Viva Ded4hkan Pvnca yg Meny3dihkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here