Home Petua Tips Wanita ini nekad p0tong kaki selepas SPM, tak sangka dalam diam ada...

Wanita ini nekad p0tong kaki selepas SPM, tak sangka dalam diam ada jejaka kagum dengan dirinya – “Allah atur elok jodoh saya”

105
0

SEKALI pandang, wanita ini nampak biasa pada mata kasar, malah wanita ini juga boleh memandu kereta seperti orang lain.

Namun, siapa sangka, Ummi Nadhira Abdul Jabar, 27, sebenarnya kvdung kaki kanan sehingga dia terp4ksa memakai kaki palsu.

Video-video yang dimuat naik di laman sosial mengundang rasa kagum netizen, malah ada dalam kalangan mereka mengagumi kemampuan wanita ini melakukan aktiviti harian seperti insan biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Berkongsi cerita dengan mstar, dia yang mesra disapa Ummi ini mended4hkan membuat keputusan untuk mem0tong kaki dan memakai kaki palsu sejak usia 17 tahun pada 2011.

“Sejak kecil selepas saya dapat penyakit Arteriovenous Malform4tion (AVm), saya terp4ksa bergantung hidup dengan kerusi roda dan tongkat untuk bergerak disebabkan sebelah kaki saya ada urat saraf terlebih. Jadi saya susah nak bergerak tanpa bantuan.

“Tapi kawan-kawan cakap dekat saya sampai bila nak hidup macam ni sebab nanti nak sambung belajar susah pula nak bergerak. s4kit saya ni pula sampai terp4ksa jumpa doktor selalu, kadang tu sampai kena bermalam di wad. h0spital dah jadi rumah kedua saya.

Ummi sewaktu dirinya terpaksa bermalam di h0spital.

“Jadi lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya terus buat keputusan nak p0tong kaki. Orang lain semua pergi bercuti, saya habiskan masa kena belajar biasakan diri pakai kaki palsu,” ujar Ummi.

Imbas wanita yang bekerja sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan di Menara Berkembar Kuala Lumpur ini, semenangnya dia berasa sed1h ketika mahu membuat keputusan untuk mem0tong kakinya tetapi terp4ksa berbuat demikian demi kebaikan dan masa depan dirinya.

Saya ada terfikir juga ada ke orang nak dekat aku nanti kan dengan keadaan macam ni tapi saya reda.

UMMI

Menurut wanita yang menetap di Gombak, Selangor ini juga, dia memperoleh keyakinan dengan mendapat sokongan keluarga juga kawan-kawan.

Ummi berkerusi roda ketika di zaman persekolahan.

“Tak kisah kita ni siapa pun, macam mana ada kekurangan sekali pun, terima sahaja. Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi nak terima diri kita kan.

“Bila kita dah belajar sayang diri sendiri, terima kekurangan diri sendiri, pasti orang sekeliling pun akan terima diri kita seadanya,” katanya.

Sudah mendirikan rumah tangga sejak Ogos tahun lalu, wanita ini bersyukur kerana masih berpeluang meneruskan kehidupan bersama pasangan yang boleh menerima dirinya seadanya.

Ummi bagaimanapun mengakui adakalanya tetap berasa ‘insecure’ apabila berjalan berdampingan dengan suami di khalayak ramai kerana kaki palsu membuatkan dirinya terp4ksa berjalan tempang.

Ummi bersama ahli keluarganya.

“Sebelum saya jumpa suami saya, ada terfikir juga ada ke orang nak dekat aku nanti dengan keadaan macam ni tapi saya reda, kalau ada tu, ada la.

“Tapi Allah dah atur elok jodoh untuk saya. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan insan yang baik hati boleh terima saya seadanya walaupun dia normal je.

“Saya kenal suami melalui seorang kawan. Selepas setahun lebih kenal, kami cadang nak kahwin. Saya pernah tanya dia dulu kenapa boleh terima saya. Dia cakap sebab hati saya yang sabar boleh terima diri saya sendiri yang serba kekurangan,” imbas Ummi.

Tidak menyangka videonya di TikTok menjadi perhatian ramai, Ummi berkata dia sekadar mahu menyampaikan mesej positif terutama kepada golongan yang menerima nasib seperti dirinya.

Wanita ini melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun lalu.

“Saya nak ambil peluang ni, saya nak tekankan dekat sini tak perlu rasa rendah diri sebab kekurangan kita. Biasanya saya tengok orang lelaki yang berani share pasal kecacatan diri mereka, orang perempuan jarang sebab tu saya beranikan diri share dekat media sosial saya.

“Harapan saya semoga persepsi masyarakat terhadap golongan OKU (orang kurang upaya) bersifat lebih terbuka. Biarlah layanan yang diberikan sama rata sebab kami pun mampu untuk hidup dan lakukan kerja seperti insan normal lain juga,” tambahnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous article“Baba Men1nggal Dunia Ketika Saya Berusia Lima Tahun Di New Zealand,” – Hingga Akhir Waktu… Kisah Hidup Ibu Bapa Uyaina Arshad
Next articleAllif Aziz Berhasrat Sambut Hari Lahir Di Makkah Termasuk menunaikan Umrah Bersama Keluarga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here