Home Petua Tips “Amanah, Pantas, Dan Tak Buta Hati” – Cadang UEL Jadi Perdana Menteri,...

“Amanah, Pantas, Dan Tak Buta Hati” – Cadang UEL Jadi Perdana Menteri, Namun Ramai Tak Setuju

51
0

Umum di Malaysia memang sudah mengenali sosok seorang pendakwah bebas ini yang cukup sinonim dengan kemuliaan hatinya yang sanggup turun padang membantu masyarakat. Ustaz Ebit Lew (UEL), sering dilihat muncul menyelesaikan masalah dan juga membantu mereka yang memerlukan. Sebab dah selalu sangat bantu mereka yang memerlukan, sampai orang ramai akan seru nama UEL kalau tular individu yang dalam kesusahan dan perlukan bantuan.

Dah macam wakil rakyat dah ada masalah je orang seru nama dia. Mungkin disebabkan perkara ini juga, ada yang mencadangkan untuk menamakan UEL sebagai calon Perdana Menteri. Tapi cadangan tersebut tidak datang dari pelakon Diana Danielle ye, sebab yang dekat bawah ni akaun tiruan.

“Kalau orang tanya saya nak undi siapa untuk jadi Perdana Menteri, saya nak Ustaz Ebit Lew,” tulis Diana dalam satu ciapan di Twitter miliknya. 

Walaupun ciapan tersebut mendapat lebih 11 ribu ulang ciapan, namun ramai juga yang menyuarakan bantahan terhadap cadangan itu. Ingatkan semua akan bersetuju, nampaknya ramai juga yang tak setuju.

Antara sebab mereka tidak bersetuju untuk mencalonkan UEL sebagai Perdana Menteri adalah kerana tidak mahu UEL terlibat secara langsung sebagai wakil rakyat di Malaysia. Kata mereka, kalau UEL jadi Perdana Menteri orang tetap akan mula mencari kesalahannya. Nampaknya ramai yang risau UEL terlibat secara langsung dalam kacah politik, takut UEL akan terdedah kepada unsur-unsur negatif.

Sementara itu ramai yang minta untuk UEL teruskan membantu masyarakat dengan cara yang sedang dilakukannya sekarang. Mungkin bukan semudah ABC untuk meletakkan seseorang sebagai calon Perdana Menteri.

Sumber daripada: Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Previous article“Terpancar Aura Keibuan Ratu..” Bumil Lagi Latihan Dukung Bby & Latihan Y0ga Sambil Rasa Nendang-nendang 0leh Bby
Next articleBeri Anak Pakai Jersi Bola Pasukan Mvsuh, Elfira Loy ‘Saja’ Mahu S4kitkan H4ti Suami

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here