Home Petua Tips Anggot4 SMART tak kecil h4ti disangk4 pak guard! Hand4l kerja menyel4mat tapi...

Anggot4 SMART tak kecil h4ti disangk4 pak guard! Hand4l kerja menyel4mat tapi bila ‘live’ di TikTok terus dil4bel calon suami mithali

60
0

 

VIDEO yang memaparkan pemuda ini berpakaian seragam warna biru menimbulkan tanda tanya segelintir pengikutnya di aplikasi TikTok.

Ada antara mereka menyangka lelaki kacak ini merupakan anggota polis, malah ada yang beranggapan dia bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Namun, perkongsian video-video yang memaparkan aktiviti pasukannya membuatkan ramai mula mengenali lebih dekat organisasi yang menyarung pakaian seragam biru itu.

Pemuda berkenaan, Ahmad Sahfezal Ismail berkata, dia sebenarnya merupakan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang ditubuhkan pada 1995 di bawah Arahan No.19 Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan tragedi runtuhan kondominium Highland Towers pada 1993.

Walaupun sering disangka menganggotai pasukan beruniform lain, anak muda berusia 29 tahun itu bagaimanapun tidak berkecil hati, malah berfikiran positif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Bukan setakat di TikTok, kadang-kadang di luar pun ada yang tegur saya dengan panggilan abang polis atau pak guard. Satu perkara biasa.

“Setidak-tidaknya mereka masih tahu saya bertugas dalam urusan melibatkan soal menyelamat dan keselamatan. Pada masa sama, saya perjelaskan mengenai saya merupakan anggota SMART,” katanya kepada mStar.

anggota smart 3

Bersama pasukan SMART sebelum pandemik Covid-19, Pokja (belakang, tiga dari kanan).

Mengulas lanjut, dia yang lebih dikenali sebagai Pokja berkata, SMART merupakan pasukan yang melaksanakan tugas-tugas mencari dan menyelamat khas, yang memerlukan kepakaran, kemahiran dan peralatan serta kelengkapan yang khusus dalam sesuatu kejadian bencana.

Berkongsi pengalaman, anak kelahiran Marang, Terengganu ini berkata, dia memulakan kerjayanya sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 2012 sebelum menganggotai SMART pada 2018.

anggota smart 6

Pokja merupakan anak kelahiran Terengganu.

“Saya turun padang dalam menjalankan operasi pada tahun ketiga di SMART, dengan mengendalikan hal berkaitan Covid-19 bagi ketibaan rakyat Malaysia dalam dan luar negara di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).

“Covid-19 juga dikategorikan sebagai bencana. Kebanyakannya saya bersama pasukan menguruskan hal ehwal mereka ke pusat kuarantin,” ujar anak keenam daripada tujuh beradik itu.

anggota smart 7

Pokja (kanan) ketika bertugas di KLIA.

Pengalaman yang paling tidak dilupakan Pokja adalah sewaktu menguruskan ketibaan seorang pelajar perempuan yang pulang dari Turki dan disahkan positif Covid-19.

“Sebelum bertolak balik ke Malaysia, anak dia dah beritahu sekian hari. Walaupun tahu anak kena kuarantin, tapi mak ayah dia sanggup datang nak tengok dari jauh di balai ketibaan.

Bukan setakat di TikTok, kadang-kadang di luar pun ada yang tegur saya dengan panggilan abang polis atau pak guard. Satu perkara biasa

AHMAD SAHFEZAL ISMAIL

“Rindu katanya sebab tiga tahun tak jumpa. Mak dia nak jumpa walau sekejap tapi kami perlu mengikut prosedur kuarantin apatah lagi anaknya positif Covid-19.

“Dari jauh nampak makcik tu menangis, saya pun sama bergenang air mata. Makcik tu mesti tak sangka, anak yang dah lama tak balik Malaysia positif Covid-19,” tambahnya.

anggota smart 4

Turut pakar memasak nasi dagang.

Siapa sangka anggota SMART ini juga berpengalaman menjual ayam golek dan pakar memasak pelbagai jenis nasi seperti nasi dagang, nasi Arab, nasi beriani, nasi lemak dan nasi minyak.

“Berniaga ayam golek ni tolong kawan bermula sejak bulan puasa, sehingga sekarang terutama pada hujung minggu. Saya juga buka tempahan nasi dagang, mengikut resipi mak

“Selain memasak, saya juga selalu buat live di TikTok sambil buat kerja rumah seperti memasak, mengemas dan menjemur pakaian.

“Ada yang komen dah la handsome, pandai masak, rajin kemas sesuai jadi calon suami mithali. Saya rasa kelakar, tapi pelik sebab seolah-olah lelaki ini tak tahu buat semua tu… tapi sebenarnya lelaki pun boleh!” ujarnya yang masih bujang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mstar

Previous article“Kesi4n orang Yg S0lo Tengok Mesti Sed1h..”Video Fasha Sanda Dipuji Makin Cantik Tarik Perhatian Rmai!
Next articleSekian lama berdiam diri Tok Mat Bersuara Bila di tanya “Tok Mat,nama tak naik..”.Ini disebabkan..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here