Home Petua Tips Sekian lama berdiam diri Tok Mat Bersuara Bila di tanya “Tok Mat,nama...

Sekian lama berdiam diri Tok Mat Bersuara Bila di tanya “Tok Mat,nama tak naik..”.Ini disebabkan..

59
0

“Banyak juga hikmah tiada dalam Kabinet ini kan, bukan senang untuk menjadi menteri dalam situasi krisis.” antara luahan Datuk Seri Mohamad Hasan setelah ditanya oleh seseorang.

TIMBALAN PRESIDEN UMN0   Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada sebarang isu berbangkit di pihaknya berhubung ketiadaan nama beliau dalam senarai jemaah menteri yang dilantik, baru-baru ini.

Menyifatkan bukan mudah memikul tugas sebagai menteri dalam situasi negara berhadapan dengan krisis ketika ini, Mohamad bagaimanapun menjelaskan akan terus mendukung kerajaan yang ada pada masa ini.

“Bagaimanapun, saya selaku orang nombor dua dalam parti, akan mendukung kerajaan. Yang penting kerajaan ini mesti didukung kuat oleh parti, untuk parti dapatkan kekuatan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi DUN Negeri Sembilan selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 hari ini.

Mengulas mengenai desakan dan cadangan beberapa pihak sebelum ini supaya beliau diberi peluang berada dalam jemaah menteri, Mohamad berkata, itu hanyalah cadangan pihak berkenaan.

“Masing-masing punya cerita, saya rasa lega tiada dalam Kabinet pun, lagi saya rasa lega, bukan calang-calang dalam barisan Kabinet, dalam masa krisis ketika ini, bukan mudah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, berkenaan satu video yang tular di media sosial baru-baru ini, yang seolah-olah beliau kecewa tidak dipilih sebagai menteri, Mohamad berkata, itu hanyalah reaksinya yang bersahaja.

“Itu saya bersahaja, saya pergi ke masjid di Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, dekat dengan rumah saya, dia (individu merakam video) tanya bersahaja, saya juga bersahaja, biasalah politik, dalam politik biasalah, jadi tiada isu,” katanya lagi.

Mohamad sementara itu berharap semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik dapat terus menjalankan tugas dengan keutamaan diberikan bagi menangani krisis Cvid-19 dan ekonomi yang melanda negara.

“Dalam situasi krisis, tidak ada masa untuk berbulan madu atau berlengah-lengah lagi. Terus bekerja di atas kepentingan dan keutamaan kita untuk menangani krisis Covid-19 dan ekonomi,” katanya

 

Nama Tak Ada Dlm Kabinet, Mohamad Hasan Dedah Ada Pihak Nak Bunvh Karier Politiknya

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencetuskan spekulasi apabila mengeluarkan kenyataan terdapat pihaknya yang mahu menamatkan karier politiknya.

Menerusi satu video yang tular, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pada mulanya dilihat sedang berjalan memasuki masjid sambil menggunakan telefon bimbit.

Namun beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau disapa oleh seorang jemaah sambil bergurau bertanya mengenai nama beliau yang tidak terpilih dalam senarai Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Tok Mat, nama tak naik? Nama sini naik lah (masjid),” katanya seorang jemaah.

“Itu namanya politik. Mereka hendah bun.uh saya (karier politik),” balas Mohamad bersahaja sebelum masuk ke masjid.

Sebelum ini, Pemuda UMNO telah mencadangkan Mohamad dinamakan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu,

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam situasi mencabar ketika ini, negara memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih daripada kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau adalah tokoh korporat yang pernah bertugas di Bank Bumiputra Malaysia Berhad serta menjadi Pengurus Besar di Bank Bumiputra London.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004) dan CEO di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994) serta pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad.

Namun semalam, Ismail Sabri kembali melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Rata-rata netizan menasihati Tok Mat supaya lebih bermuhasabh diri dan mencontoh kepimpinan KJ dalam UMNO

“Ini satu kenyataan yg tak perlu dikeluarkan kerana jelas menunjukkan kekeciwaan akibat tidak dilantik dlm kabinet baru.Tok Mat tak perlu salahkan orang lain sebaliknya perlu tengok diri sendiri.Tok Mat perlu dilihat sebagai pemimpin nasional / bukan kenegerian yg berani menonjolkan buah fikiran agak garang.Biarlah sekali-sekala menongkah arus.Anda perlu sesuaikan dg jawatan timbalan presiden.Anda perlu sebaik mungkin boleh mengawal mkt Umno juga.Saya fikir KJ ada sifat ini dan lebih bersifat pemimpin nasional”

 

Antara komen komen netizen

Jelas menunjukkan kekecewaan

 

Semuanya dah ditetapkan Allah tok Mat

 

Terdahulu Tok Mat telah menyertai beberapa pemimpin Umno yang di ketui oleh Zahid untuk tarik balik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin sehingga menyebabkan kerajaan tumbang

UMNO secara rasmi menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diumumkan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media secara maya, petang Selasa.

Ahmad Zahid berkata, Umno memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang ternyata gagal di mata rakyat selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan Umno.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

Sumber : trendingsangat

 

Previous articleAnggot4 SMART tak kecil h4ti disangk4 pak guard! Hand4l kerja menyel4mat tapi bila ‘live’ di TikTok terus dil4bel calon suami mithali
Next articleRamai Persoal Siapa Perlu Bertanggungjawab Ziyad HiIang RM1.12 Juta? Sekali Jurulatih Ziyad Sendiri Buka Mulut..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here