Home Petua Tips Anzalna Nasir Bangga Adik Usia 23 Tahun Dapat Tawaran Sambung PhD

Anzalna Nasir Bangga Adik Usia 23 Tahun Dapat Tawaran Sambung PhD

66
0

Dalam ramai-ramai selebriti, boleh dikatakan adik-beradik pelakon Anzalna Nasir menjadi perhatian ramai, semuanya memang lawa-lawa belaka.

Baru-baru ini, Anzalna ada memuat naik entri berkongsikan kegembiraan apabila adik bongsunya, Nazirah Nasir ditawar melanjutkan pengajian dalam program Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM).

Menurut Anzalna dia tumpang gembira adiknya itu berjaya menyambung pengajian ke peringkat PhD walaupun baru berusia 23 tahun serta mendoakan agar urusan adiknya dipermudahkan dalam menuntut ilmu.

Perkongsain Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengagumi adiknya itu yang bukan sahaja cantik tetapi seorang yang bijak. Malah, ada yang mengatakan adik pelakon itu layak digelar ‘beauty with brain’.

Sebelum ini, Anzalna ada berkongsikan keputusan peperiksaan adiknya yang meraih Purata Nilai Gred (GPA) 4.0 berturut-turut ketika menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous articleTak Tahu Malu, Foto Elizabeth Tan Dibanjiri Komen Luc4h Lelaki Melayu
Next article“Kau Peliharalah Suamiku…” – Lisdawati Kngsi Video Suami Dilangg4r Kereta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here